4/30/2015

Creepyposta : Insomnia

Mungkin aku terlalu tergesa-gesa berpindah ke apartmen ini bulan lepas. Keterujaan yang akhirnya memakan diri sendiri. Mudah dotcom. Emel landlord. Bertukar nombor telefon. Bersembang. Berjumpa van voila berpindah masuk. Semuanya dalam tempoh seminggu.

Bukannya aku tak datang tengok dulu. Aku dah datang. Aku ajak Fad tengok sekali. Dia kata ok. Mana dapat sewa murah macam tu. Dahla murah dekat dengan LRT pulak. Kalau tak sambar, melepas ke tangan orang lain. Aku tak fikir apa-apa dah. Bayar 2+1 dan terus masuk.

Dan sekarang aku menyesal. Dalam sebulan, aku boleh bilang dengan jari berapa kali aku dapat tidur nyenyak sampai pagi. Insomnia. Mula-mula tu aku ingat sebab kopi. Jadi aku berhenti minum seawal jam 4 petang, supaya tidurku tak terganggu. Tapi makin teruk jadinya.

Macam malam ni. Dah pukul 1.30 pagi tapi aku masih terkebil-kebil dalam gelap. Aku tak boleh tidur lagi. Pusing kanan. Pusing kiri. Segala-galanya semakin menjadi-jadi sejak seminggu yang lalu. Sejak aku perasan insomniaku disebabkan gangguan bunyi. Bunyi apa? Pintu.

Apartmen tiga bilik ini ada sebuah bilik air bersambung di antara bilik satu dan dua. Buat masa ini, aku menyewa seorang diri. Fad kata nak duduk dengan aku bulan depan. Aku tak kisah sangat bab duit sewa tapi aku nak berteman sebab aku dah tak rasa selesa. Aku ingat lagi malam Jumaat lepas, waktu aku bergolek-golek atas katil mencari inspirasi nak tidur, tiba-tiba pintu tandas terbuka sedikit.

*kreeeeok*

Pintu lama. Bila apartmen separuh kosong, bunyi gemanya hampir membuatkan aku meloncat dalam gelap. Mula-mulanya aku ingat tu angin. Almaklumlah sekarang ini musim hujan dan malam agak berangin. Tambahan, tingkap tandas sedikit terbuka.

Itu cara aku menyedapkan hati. Walaupun aku tahu malam tu panas dan tak berangin. Tak apalah, esok aku minyakkan pintu tu. Keesokan paginya sebelum ke pejabat, ku belek pintu tandas sambil memberus gigi. Ku tolak-tarik pintu. Aneh. Tak ada bunyi langsung.

Berus gigi masih dalam mulut, aku ambil minyak Singer dan melicinkan engsel. Selepas itu aku mandi dan ke pejabat. Tapi malam itu, masalah yang sama berulang kembali. Pintu terbuka sendiri di dalam gelap dengan bunyi yang luarbiasa gemanya.

*kreeeeok*

Memandangkan jarak katil dengan pintu hanya dua-tiga meter jauhnya, aku sedikit cemas. Mataku terkebil-kebil di dalam gelap bilik tidur. Puas melihat seandainya ada sesuatu yang menolak atau akan keluar di sebalik pintu. Tapi tak ada. Dan itu cukup membuatkan aku insomnia. Dan untuk malam-malam yang berikutnya, perkara yang sama berulang kembali. Puas pintu diminyak, makin menjadi-jadi bunyinya. Semalam, sebelum cuba untuk tidur jam 2 pagi, aku berwhatsapp dengan Fad.

"Bro, ko dah tidur ke?"

"Belum. Awat Min?"

"Aku tak sedap hatilah"

"Kenapa?"

"Pintu tandas ni asyik terbukak malam-malam. Cuak aku"

"Hahaha... macam bebudak"

"Sial"

"Hahaha serius ah Min! Ko takut?"

"Cuak gak ah"

"Hantu pintu tu... jeng jeng jeng!"

"Sial. Aku serius ni"

"Hahaha okokok. Pekata ko rakam?"

"Rakam?"

"Infrared. Try ah"

Itu kisah malam semalam. Aku cukup menyesal dengar cakap Fad. Sebab sekarang dah pukul 2.15 pagi dan aku masih tak boleh tidur. Kalau sebelum ini aku hanya berguling di atas katil, malam ini aku berselubung  dalam selimut putih. Bajuku lencun berpeluh. Aku pun tak tahu kenapa aku dengar nasihat Fad suruh rakam.

Dalam rakaman selama lima jam itu, segala-galanya seperti biasa sehinggalah...... sehinggalah pintu terbuka dengan sendiri jam 2.30 pagi. Rakaman infrared menampakkan segala perincian dengan tepat. Boleh bayangkan rakaman infrares Paranormal Activity? Ya, begitulah rakaman yang aku tonton sebentar tadi. Pintu bergerak.

*kreeeok*

Jelas kelihatan tubuhku terbaring di atas katil membelakangkan pintu yang baru terbuka. Entah kenapa, malam semalam tidurku sangat lena. Dan ketika itu, jelas terakam lembaga bertubuh lonjong, kurus, berkuku panjang dan berambut menggerbang di sebalik pintu. Bergerak perlahan. Bergerak menuju katilku di dalam gelap dan hampir menyentuh tubuhku dengan jari-jemari runcingnya seandainya aku tak terjaga.

Semuanya terakam. Semuanya jelas. Aku tak tahu apa benda tu tapi rupanya menggerunkan. Benda yang muncul di sebalik pintu di dalam gelap.Dan sekarang, jam 2.30 pagi, aku masih terkebil-kebil tak boleh tidur. Tapi malam ini aku dah tak pasti sama ada itu insomnia atau takut.

Mengikut rakaman semalam yang aku lihat tadi, benda itu akan muncul di sebalik pintu pada bila-bila masa sekarang. Anytime now. Anytime. Aku menggigil di dalam gelap walaupun badanku panas berselubung.

Benarlah aku terlalu tergesa-gesa berpindah masuk tanpa usul periksa. Rupanya apartmen ini berhantu. Pintu itu menjadi perantara alam ghaib dan alam nyata. Bilik tidurku dijadikan transit keluar masuk. Dan masih jelas terbayang betapa banyaknya makhluk berambut panjang yang keluar di sebalik pintu itu, mengelilingi katilku malam semalam.

Semuanya terakam. Patutlah aku terjaga selepas itu, rupanya aku diperhatikan dalam gelap. Tapi masalahnya pintu itu hanya bersifat one-way. Dah keluar, tak boleh masuk semula. Aku menangis membayangkan betapa banyaknya benda itu sekarang.

Mengelilingi katilku dan memerhatikan aku di dalam gelap. Menunggu masa untuk menyentap jatuh selimutku dan menarik kakiku. Banyak! 2.45 pagi. Dan pintu terbuka sekali lagi.

*kreeeok*

Aku hanya mampu menangis melihat dalam kesamaran bilik, kelibat lembaga keluar perlahan. Satu. Dua. Tiga. Empat. Lima. Seratus? Berapa ratus lembaga sekarang di sekeliling katilku memandangku di dalam gelap? Aku tak tahu.

4/29/2015

Seramshit : Asrama

Kisah 1

Aku ada kawan nama Hani ((bukan nama sebenar)). Dia ni manusia yang jenis suka study pagi-pagi. Yang lain sedap tidor, dia study. Ada satu hari tu, macam biasa yang lain dah dilamun mimpi indah yang Hani ni pergi study tak henti. Budak pandai kan. Meja study dia memang menghadap tingkap. Menghadap keluar la kiranya. Tiba-tiba dari jauh dia nampak warden tengah ronda. Dalam hati dia cakap la,
"Rajin pulak Makcik ni pi ronda. Biasa time macam ni tidor ja."

Warden tu lalu depan tingkap dia sambil cakap,

"Study lagi ke tu. Pergila tidor, kang kena kacau sat gi."

Dia tak kisah warden tu nak cakap apa. Dia dengan selamba cakap la,

"Nanti jela tidor tengah study ni nak exam."

Lepas warden tu berlalu pergi sambil senyum kat dia. Dia terfikir,

"Bukan asrama aku ni tingkat 3 ke? Macam mana warden tu......"

Sejak tu dia tak berani tidor lambat. Sekarang ni dia boleh dikategorikan "pelajar paling awal tidor".


Kisah 2

Masa tu dah ready kumpul kat dewan untuk prep. Yang dia ni memang lembab sikit, tertinggal itulah inilah. Terpaksa patah balik. Otw dia nak pergi dewan dia terserempak dengan budak ni. Comel sangat geram tengok. Entah anak sape entah. Budak comel tu panggil dia. Pastu budak tu cakap,

"Akak boleh ajar saya maths tak? Saya tak tahu la soalan ni."

Akak tu pun punya baik hati pergi ajar budak tu. Sambil-sambil tu borak-borak kosong jugak la. Tengah leka berborak pensel akak tu terjatuh dekat lantai. Akak tu pun turun la kebawah nak amik pensel tu. Tiba-tiba dia perasan, mana kaki budak comel tu. Takkan dia boleh terapung kan. Pensel tu memang betul-betul jatuh depan budak tu. Dia dengan perasaan takot lepas dah amik pensel tu dia mintak diri kat budak tu,

"Adik ,kakak ada hal kena buat. Kakak pergi dulu ye." ((Dengan suara tergagap-gagapnya))

Tiba-tiba

"Akak ada hal atau akak dah tahu benda sebenarnya." ((sambil senyum arah akak tu))

Akak tu pun terus lari mengadu perkara tu kat Ustaz. Ustaz baca la doa penawar semua bagi dia rasa tenang.

Seramshit : Kisah Seram Diceritakan Oleh Seorang Nurse

Kalau dah praktikal kat banyak hospital banyak la pengalaman. Tapi ni nurse situ la cerita. Masa tu ada sorang pesakit yang sarat mengandung nama dia Ainin. Dia selalu kalau checkup mesti jumpa dengan Asfa. Bagi Asfa buah tangan. Ada satu malam Asfa tu amik cuti 2 hari sebab ada kenduri. Malam yang sama Ainin ni melahirkan anak. Nak jadikan cerita, lepas Asfa ni balik je nak bekerja balik, dia dapat pulak shift malam. Masa tu ada lagi la 2-3 nurse lain jaga wad tu. Tiba-tiba masa Asfa tengah duduk kat meja dia. Ainin datang kat dia, macam biasa la Ainin bagi buah tangan kat Asfa ni.

Ainin pun cakap la, "Asfa tengok ni anak Ainin. Ainin dah bersalin masa tu tapi Asfa takde tengok." Asfa pun gedong la baby tu. Tiba-tiba Ainin cakap,

"Asfa tolong tengokkan baby Ainin kejap. Ainin nak pergi tandas."
Asfa tolong la jaga baby Ainin sementara dia pergi. Tiba-tiba datang sorang nurse, dia pelik Asfa cakap dengan siapa tu. Nurse tu pun tegur la, "Woi kau cakap dengan sorang-sorang gila ke apa?"

Pastu Asfa cakap kat nurse tu,

"Aku tengah cakap dengan Ainin la yg bersalin masa aku takde tu yang bilik no 11 tu. Tengok anak dia ni ha."

Lepas tu nurse tadi dengan muka berpeluh pucat cakap,

"Asfa, pesakit yang nama Ainin tu meninggal masa bersalin. Anak dia pun meninggal sekali."

Habis apa yang dipegang Asfa dari tadi? Asfa tengok apa yg dipegang tadi hanyalah kayu dibalut kain putih. Asfa terus campak kayu tu dan buah tangan yang diberi adalah batu. hantu ainin terus mengilai sekuat hati. Asfa terus demam seminggu sebab kejadian tu.


Seramshit : Praktikal Di Hospital

Masa tu aku praktikal dekat hospital ((nama hospital dirahsiakan)). Ada seorang nenek ni selalu ulang alik kat hospital tu. Satu hari dia kena tahan sebab keadaan dia tak stabil. Dia rapat dengan kitaorang terutama dengan kawan kitaorang yang bernama Wawa. Ada satu malam dia panggil kitaorang ajak berborak. Tiba-tiba dia mula merapu. Dia cakap,

"Korang nampak tak itu syurga? Yang sana tu neraka."

"Cuba tengok bidadari Wan tu. Cantik kan?"

Kitaorang layan jela sebab yela orang tua kan suka merapu mungkin dah nyanyok. Wan tu memang rapat dengan kitaorang sepanjang aku praktikal kat sana tak pernah pulak nampak anak dia ke ahli keluarga dia. Nenek tu gelar diri dia "Wan". Last day kitaorang praktikal kat situ memang berat lah nak tinggalkan tempat tu terutama Wan tu sebab kesian kan sesorang je. Sebelum balik hostel kitaorang sempat la bersalaman dengan Wan tu tiba-tiba Wan tu cakap,

"Wan nak salam dengan Wawa."

Wawa pun tak fikir apa terus la salam tangan Wan tu. Bila dah sampai hostel malam tu jadi sesuatu kat Wawa. Wawa kena rasuk teruk. Kitaorang dah baca ayat suci Al-quran semua tapi tak boleh elak. Benda tu jadi lagi teruk. Wawa berubah jadi 3 "benda"

1. Pocong
2. Harimau
3. Nenek Kebayan

Sekejap dia melompat macam pocong, sekejap dia merangkak pastu mengaum macam harimau dan sekejap dia jalan bongkok menyerupai nenek kebayan. Ah sudah! Satu hostel kelang kabut. Kitaorang pun panggil la Ustaz untuk ubatkan dia. Ustaz sendiri pun tak boleh lawan hantu dia. Bila dah halau, hantu tu datang balik, 2-3 kali juga Ustaz tu ulang benda sama. Dah halau datang balik. Masa keadaan dah tenang sikit Ustaz suruh aku tanya wawa ni, dia ingat tak aku. Aku pun dengan selamba,

"Wawa, kenal saya tak?"

Wawa pandang aku masa tu dengan senyum yang seram faham tak? Buat aku bergerak ke belakang. Bila ustaz tengok dia pandang aku macam tu, Ustaz terus suruh aku keluar dari bilik tu. Takut aku pulak yang kena nanti. Lepas aku keluar, aku tak tahu apa dah jadi, yang aku pasti masa kat luar tu memang dengar lah suara Wawa tu menjerit kuat gila. Yang aku pasti Ustaz bawa Wawa tu kat kampung dia sebab susah nak ubat kat hostel "banyak sangat benda tu" katanya.

Dah seminggu benda tu terjadi, keadaan Wawa jadi lebih baik. Ada satu hari tu aku duduk dengan Wawa berdua sebab kawan-kawan yang lain pergi beli barang. Tiba-tiba Wawa cakap kat aku,

"Fae tengok kat pintu tu Wan panggil Wawa la"

Aku dah takot dah masa tu cepat-cepat aku tutup pintu pastu cakap

"Mana ada sesiapa la Wawa."

Junior kitaorang ada yang praktikal kat sana. Pastu dorang cakap yang Wan tu dah meninggal lepas kitaorang balik hostel. So, maknanya masa dia salam dengan Wawa tu, dia bagi Wawa semua "benda" tu so then senang la dia nak mati kan. Wawa ni memang yang paling lemah antara kitaorang sebab tu la "terkena" and by the way umur Wan tu 97 tahun.