5/13/2015

Seramshit : Hantu Raya, Cik Lang & Sekolah

Hantu Raya

Cerita ni berlaku masa aku darjah  2.  Masa tu mak aku pergi outstation. So malam tu  aku tidur ruang tamu dengan adik dan abah. Korang pernah tak tidur dan kemudian bangun jalan sendiri dalam keadaan tak sedar? Ala, dalam cerita melayu kan banyak. Sedar-sedar kat depan tangga dah.

Macam tu lah jadi kat aku malam tu. Aku mimpi ada orang bagi salam dekat aku. Dalam mimpi tu aku jawab salam tu. Pastu aku bangun dan jalan pergi kat pintu dalam keadaan tidur. Aku bukak pintu tu tetiba angin kuat masuk. Aku terus terjaga dan terkejut kenapa aku kat pintu

Aku cepat-cepat pergi tempat tidur dan niat nak tidur balik sebab takut + pelik. Selang beberapa minit, tiba tiba.... Aku nampak ada lembaga besar sangat warna hitam. Dia jalan dengan anak dia kot. Anak dia kecik. Jangan sebelah mak dia nak p dapur.

Aku perati je disebalik bantal aku. Badan dia berbulu-bulu. Ingat kan bila dah msuk dpur, dia dah takda. Pastu dia ada balik. Dia diri depan dapur. Time tu mmg sejuk gila. Seram sejuk. Benda tu still ada teguh kat situ. Aku pun kejut abah aku. Cakap aku sejuk.

Then abah bangun bukak lampu dan p amik selimut. Benda tu dah hilang dah. Esoknya aku cerita kat abah dan cousin aku. Cousin aku pandai berubat. Dia cakap tu hantu raya. Benda tu datang dalam mimpi suruh aku bukak pintu. Benda tu ikut opah aku datang rumah aku.

Dia tertinggal. Aku tak tahu lah apa kaitan dia dengan opah aku. Hal orang tua. Cerita mereka banyak. Zaman-zaman dulu kan.


Cik Lang

Malam tu aku haus sangat. So nak p dapur. Straight dapur aku ada tingkap. Bila dah sampai dapur, aku bukak lampu and then yeahhh. Surpriseeee!! Kat tingkap ada perempuan pakai selendang putih senyum dekat aku. Haisshh!! Dah la buruk.

Aku tengok dia. Dia tengok aku. Terkaku sangat. Mata dia merah. Gigi bertaring. Senyum yang menyeramkan. Aku tergamam. Kaki rasa macam takleh gerak. Aku kuatkan diri. Pusing belakang chaww masuk bilik kejut mak abah bagitatu sambil nangis. Abah aku pun p dapur nak usha kat tingkap tu tapi takda apa.

Malam tu aku tidur bilik parents sebab takut. Sampai sekarang aku masih ingat muka benda tu. Takleh lupa. Esoknya kawan abah datang rumah. Kebetulan dia pandai berubat. Kelebihan Allah bagi abah cerita la dekat dia pasal aku.

Dia cakap tu Cik Lang. Dia saja jaa mengacau. Sebab tingkap tak tutup. Belakang rumah tu laluan dia. Oh lupa nak cakap, kawan abah cakap Cik Lang tu pakai baju kebaya. Kain dia batik. Macam dalam cerita kami histeria tu. Hihihi.

Moral of the story, jangan lupa tutup tingkap ya anak-anak yang cantik molek handsome.

Aku ni, ikutkan banyak story nak cerita pasal rumah ni. Macam-macam aku pernah nampak. Aku ada 6 adik bradik. Semua laki. Aku sorang perempuan. So, kawan abah cakap benda tu suka kacau aku. Sebab aku perempuan lemah semangat, adik bradik lain laki semua kuat semangat. Tak adil kan aku je yang kena?


Sekolah

Kisah 1

Cerita ni masa aku form 5. Aku ahli kadet polis. Aktif jugak la kadet aku p pertandingan itu ini. So, tiap petang akan ada latihan kawad.

Hari last latihan tu, kami habis lambat. Dalam kol 7 lebih camtu la. Time nak habis tu, aku dan kawan aku Lela kena p stor kadet kat hujung bangunan sekolah.

P stor sebab nak amik barang aksesori untuk baju uniform. Esoknya dah nak pertandingan kan, jalan berdua dengan dia. Sunyi gila sebab budak petang dah balik kol 6.45.

Keadaan nak maghrib. Cuaca mendung. Angin bertiup sepoi-sepoi bila dah sampai depan stor, si Lela ni ketuk pintu. Bagi salam. Tahu tak bagi salam macam mana? Jap eh aku hantar gambar dan maksudnya.

Haaa yang ni haaa


Lepas dah bagi salam Lela terus bukak kunci tu. Ketat jugak lah. Then tetiba boleh. Masa pintu baru bukak sikit, kami dengar barang-barang dalam stor jatuh-jatuh.

Lela cakap pintu macam ada something tolak dan angin keluar bila Lela bukak pintu tu. Terus Lela hempas pintu tu tutup dan lari p kat platun balik.

Cuak lah time tu. Pucat dah muka. Aku just bagitahu kat ketua platun je pasal ni time tu. Then dia pegi stor sorang-sorang amik borang. Dia sado takpa ah. Dia pergi takda apa pun. Relax je jalan.

Kisah 2

Still cerita pasal dekat sekolah. Yang ni pengalaman paling tak boleh lupakan. Aku fobia. Time tu form 5 lagi. Sekarang umur aku 19 lah. Masa tu sekolah aku buat kem, kem apa ntah lupa. Dari pagi buat aktiviti macam-macam. Sampai kol 6 baru cikgu suruh balik bilik.

Bilik kami tu kelas lah, ckgu suruh mandi dan siap-siap turun makan dan sambung aktvti malam. Gila taw ckgu ni pukul 6.30 kami dah kena ada kat kantin makan malam. Bayangkan dalam setengah jam je kau nak mandi, siap-siap. Tunggu turn toilet lagi. Dengan budak ramainya. Haih. Kami senior turun lambat. 7.15 pm baru turun.

Aku dengan Lela ni cam biasa lah berkepit berdua. Kami semua terus p kantin nak makan. Baru satu suap then cikgu jerit marah kami. Suara kuat gila jerit marah kami. Terkejut mak. Tersedak terus. Cikgu suruh kami makan cepat dia bagi 3mins only. Aku dan Lela jalan dulu, malas la makan.

Laluan kantin ni panjang taw. Aku jalan berdua dengan Lela. Yang lain still kat kantin. Time lalu kat tu kan dah maghrib so benda tu banyak. Tiba-tiba lampu kat laluan kantin tu bukak tutup bukak tutup. Hmm. Dia nak bergurau tu *think positif*. Jalan buat bodo ja.

Bila dah sampai depan surau, dengar bunyi mengilai pulakan. Dah la kuat. Haihh. Lagi sekali. Buat bodo ja laa. Sebab tu orang tua cakap maghrib jangan keluar. Jangan degil. Benda tu lagi banyak time maghrib berbanding malam taw.

Pendekkan cerita, malam tu habis kol 12. Terus masuk bilik. Setiap bilik ada cikgu. Tidur sekali dengan cikgu. Dia yang jaga kami. Pukul 1 a.m macam tu ada budak nak p toilet. Minta kebenaran cikgu. Cikgu cakap boleh tapi p ramai-ramai. Dalam 10 orang. Aku pun p sekali. Toilet tu hujung bangunan tingkat dua. Bila dah sampai toilet, aku dan kawan aku masuk dalam toilet. Yang lain kat singki cuci muka dan gosok gigi.

Tengah aku dalam toilet tu, tetiba satu sekolah blackout. Semua jerit dan lari keluar dari toilet tinggalkan aku sorang. Aku dah jerit suruh tunggu. Tapi takda sapa dengar sebab masing-masing jerit time tu. Aku dalam toilet tu sorang-sorang. Gelap gelita. Cepat-cepat aku keluar toilet. Nasib ada kawan aku tunggu aku kat luar.

Dia pun nyaris tinggalkan aku macam yang lain sebab masing-masing takut. Aku keluar toilet dengan jantung dup dap dup dap. Berharap tak jadi apa-apa kat aku. Fobia jugak lah duduk dalam toilet tu sorang-sorang time blackout. Masa nak p bilik tu, alhamdulillah letrik tetiba dah ada. Aku tengah takut lagi cepat-cepat masuk bilik tutup p tempat tidur tutup muka dengan bantal. Selang beberapa minit, dengar bunyi jerit kat bawah, budak kena rasuk.

Takda sorang pun berani keluar p tengok kat bawah. Yang kena rasuk tu laki. Teruk jugak la menjerit sampai tingkat 3 boleh dengar. Suara jangan cakap la nyaring gilaa doh suara dia. Dia berlari nak p kat stor kadet yang aku cerita tadi tu. Tempat benda tu kat sana. Kawan-kawan dia semua kejar dan tangkap dia.

Budak laki kelas aku yang ubatkan dia malam tu. Cikgu laki dok diam je. Cikgu tu pun takut. Dia cakap kat aku lepas bape hari kem tu habis. Budak tu ada akak. Akak dia kawan aku. P jugak kem tu. So kakak dia kena turun bwh tengok kan adik dia.

Kawan aku tu cakap, malam tu payah jugak la nak ubat kan dia. Benda tu degil. Dengan izin Allah, alhamdulillah keluar jugak benda tu. Esoknya time nak balik kawan aku tu cerita la yang adik dia kena rasuk sebab adik dia asyik pandang je stor tu lama-lama. Tu benda tu ikut dia. Bila dah selamat sampai rumah, aku rasa macam tak sedap hati. Tak senang duduk. Rasa rimas sangat. Tak tahu kenapa even dah solat pun still sama.

Bila dah malam, aku mengadu kat abah aku. Aku cakap aku tak senang duduk macam ada yang tak kena. Abah aku tahu dah anak dia mesti ada benda menumpang. Dia pun call kawan dia yang boleh berubatkan orang tu. Kawan abah cakap memang ada benda menumpang pun. Dekat tengkuk. Dari sekolah benda tu.

Kawan abah pun scan n buangla benda tu dari jauh. Tinggi jugak la ilmu dia. Pastu aku tanya Lela, dia ada rasa tak macam aku rasa. Dia cakap ada so aku pun bagitahu laa kawan abah tu. Dia cakap kat Lela pun ada. Tapi dekat bahu. Dia tumpang jugak. Pastu dia tolong lah buangkan.

Sorry, i mean, benda tu tumpang bahu Lela dan kawan abah pun terus buang benda tu. Aku pun saja la tanya dia , benda apa yang tumpang tu, dia cakap dekat aku kak ponti tumpang. Kat Lela Cik Lang tumpang. Haihh, meremang jugak la.

5/09/2015

Seramshit : Mimpi & Cermin

Kisah 1 : Mimpi

Pernah tak semua benda benda ni jadi kat korang sebelum ni? Ikut apa yang aku gugel ni, benda ni tanda-tanda korang nak dapat 'sesuatu'.

Kerap bermimpi menyusukan bayi. Kerap bermimpi dikelilingi kanak-kanak. Kerap bermimpi ada seseorang ingin memberi sesuatu didalam mimpi.

Boleh mengubat belajar melalui mimpi. Boleh mengurut belajar melalui mimpi. Sering sakit lutut tanpa sebab klinikal. Kerap bermimpi rumah lama/rumah pusaka. Kerap bermimpi ahli keluarga yang telah lama meninggal dunia.

Sakit anggota badan/pengsan bila menziarahi orang yang meninggal dunia. Banyak penyakit genetik/ketumbuhan ganjil pada badan.

Cuba check balik, pernah tak korang alami benda-benda macam ni. kalau tipu pak cik gugel tu maka tipu lah aku. Aku pernah bermimipi sesuatu macam yang ada dalam senarai ni tapi kejap lagi lah aku cerita.

Kisah 2 : Cermin

Tutup lampu. Dalam gelap, berdiri depan cermin  dan senyum. Pegang phone, on camera and on flash. Jangan lupa senyum.

‘’Kau kawanku, rambut panjang mengurai. Kau mengaku aku anak mu. Temani tidur ku selalu.’’

Kalau korang tak ada depan cermin pun. Dia ada dengan korang. Temani tidur korang.  Setiap hari, dgn senyuman. Okay, dekat rumah aku ni ada cermin yang aku tak tahu dari mana asal usulnya. Yang aku tahu.

Mak angkat aku yang bagi cermin ni. mak angkat aku ni duduk singapura tapi sebab dia dah berhenti kerja. Dia ambil keputusan untuk pindah kat johor, jadi segala khazanah dari sana dia bawa sampai terlebih-lebih pula.

Dan ada beberapa barang antik yg dia bagi kat mak aku, mak aku pula terima dgn hati terbuka. Termasuk lah satu cermin ni. Cermin putih. Bentuk dia bujur. Ada meja solek sekali, kalau tengok cermin ni tak ada apa yang istimewa pun. Cermin buruk.

Dan setahun lepas tu aku pindah. Rumah aku tu boleh kirakan dalam hutan, sebab ayah aku kerja kilang. Rumah-rumah staff pun dekat dengan kilang, dalam ladang. Dari jalan besar ke rumah aku ada lah dalam 3 km, tanah merah pula tu.

Lepas beberapa bulan duduk sana. Ada malam tu aku mimpi. Mimpi yang agak pelik. Ada orang bagi aku baby warna macam janin tapi macam janin yang dah dibiar lama.

Tapi baby tu tak lah kecik, macam baby yang umur 5 bulan tapi baby tu sangat kurus. Sampai nampak tulang. Baby tu orang tu bagi dalam plastik warna hitam. Bila aku dah terima, dan buka plastik tu. baru aku tahu ada baby.

Dan lepas tu aku rasa suasana macam kelam kabut. Aku terjaga dari tidur dan dengar anjing menyalak kuat. Macam tengah bergaduh pun ada. Tapi yang aku tahu anjing tu bukan sekor. Banyak! Buat rombongan agaknya.

Dan aku pun sambung tidur yang terganggu tu. Nak pk susah-susah kenapa? Tidur je lah. cerita pun dapat ditamatkan dengan riang rianya. Tapi bila aku bangun pagi tu nak buat hw. Aku rasa sesuatu. masa tu aku form 2. Sekolah petang.

Aku rasa macam ada benda perhatikan aku. aku pandang cermin tu, sebab rasa orang perati dari situ. Bila pandang tak ada apa pun, tapi bila aku pandang lagi sekali. Ada benda kat cermin tu dan benda tu merupakan ‘salam perkenalan’. Aku terus berlari keluar bilik dan cari mak aku.

‘’Mak, kenapa ada tapak tangan kat cermin bilik orang eak?’’

Mak aku kerutkan dahi dan jawab, ‘’Cermin tingkap. Mesti lah ada orang pegang.’’

Aku geleng laju. ‘’Ini bukan cermin tingkap lah. Ini cermin meja solek. Cuba mak pergi tengok.’’

Aku masuk bilik aku dulu dan bila dah masuk, aku perhatikan pintu. aku tengok, masa mak aku nak masuk dia tertolak ke belakang. Kali ke dua dia cuba masuk baru boleh. Bila dia ada betul-betul depan cermin. Dia diam dan keluar semula dari bilik aku.

Masa ni aku pula datang dekat cermin dan tengok betul-betul. Ada banyak tapak tangan tapi macam bukan tapak tangan manusia. Tapak tangan tu berlumpur. Tapi cuma rangka. Nampak kesan tulang dengan kuku. Macam ditarik kat atas cermin tu.

Kali ke 3 mak aku masuk lepas dia baca beberapa surah. Baru dia okay sikit. Dia berdiri dpn cermin dan cuba lap lumpur tu. Tapi tak tanggal. So kitorang cuma boleh buat tak tahu je, aku terus keluar dari rumah bila teringat pasal anjing2 yang menyalak malam tu.

Mana tau ada kesan bergaduh ke apa. Semalam dengar macam banyak sangat tapi apa yang aku jumpa kucing aku mati dengan perut terburai. Kepala dia pula terputus dari badan. Bangkai-bangkai tu bersepah tepi rumah.

Bukan sekor je tapi 3 ekor kucing. aku nak menangis dah masa tu. Mimpi pelik, anjing bergaduh, ‘salam perkenalan’. Aku dgn mak aku tak buat apa pun, cuma tggu ayah aku balik. Ayah aku tanam bangkai kucing tu dan cuba padam tapak-tapak tangan kat cermin.

Tapi still tak boleh. so kitorang decide untuk biar je. Tapak tangan tu pula cuma boleh dipadam lepas aku balik dari sekolah. Waktu maghrib. Bila ayah aku tanya ustad. Ustad cakap rumah aku ni betul-betul kat laluan dia tapi takkanlah sebab tu je?

Bila aku tanya mak aku, dia diam. macam nak rahsiakan sesuatu, tapi aku tak mengalah. Aku tanya lagi sampai dia cakap benda yg sebenar. Sebenarnya tepi bilik tu ada kubur lama. kubur tu ada sejak rumah tu tak di bina lagi.

Aku pula terus tukar bilik, tapi sebab selalu sangat kena kacau. Selepas 6 bulan kitorang pindah rumah. Sejak tu aku takut nak tengok cermin bila waktu malam tapi aku still guna cermin yg sama. Bila mlm je aku rasa ada benda peratikan aku.