5/04/2015

Creepyposta - Public Holiday

Baru pukul 11:30 pagi tapi muncung Yana dah panjang sedepa. Mana tak nya, member lain tengah sedap tidur, dia kena kerja.

Bukannya boleh claim double pay. Dasar tauke taik hidung masin! Berbakul sumpah seranah terpacul dari mulutnya. Tapi itu bukan salah tauke. Bila diingat-ingat semula, memang salah dirinya. Dia yang rekemen pada tauke suruh ambil budak baru tu ganti Kak Misah cuti bersalin.

Yana tak kenal pun budak ganti tu. Iklan dalam FB. Member-member tolong share, lepas tu budak ganti tu PM dia cakap tengah cari kerja. Datang minggu lepas, interview sikit-sikit, tengok skil menaip, test BI dia, lepas tu terus ambil kerja. Alah, budak ganti jer pun.

Tak payah nak follow by the book sangat. Tauke pun cakap ok. Yang penting, kerja Kak Misah ada orang buat. Yana tak nak buat kerja tu. Bila budak tu datang hari Khamis lepas sebelum Hari Pekerja, nampak semuanya ok. Pandai jugaklah buat kerja walaupun mekap lima inci.

Alah, setakat kerja-kerja admin Kak Misah sebenarnya sesiapa pun boleh buat. Tapi mana nak cari orang last minute? Nasib baik ada FB. Tapi pagi tadi tauke telefon Yana lepas Subuh suruh pastikan proposal Putrajaya siap sebelum 9 pagi esok. Dia tak menggelabah pun.

Itu kerja budak ganti tu. So dia pun telefon budak tu. Sekali, tak angkat. Dua kali, tak angkat. Tiga kali, pun tak angkat. Yana Whatsapp budak tu. Delivered. Not read. Eh cilaka nya. Nak kerja ke tak budak ni?
STRESS! Tauke telefon tanya lagi proposal Putrajaya.

Nak tak nak, Yana sendiri kena pergi ofis siapkan proposal pagi tadi. Sebab tu muncungnya panjang sedepa. Mau tak mengamuk kerja waktu PH! Dahlah satu bangunan kosong. Ada pak guard Bangla jer kat bawah tadi tengah main telefon. Waktu Yana lalu tepi pun pak guard tak perasan.

Walaupun bangunan ofis kat tepi jalan besar, bila masuk dalam memang rasa lain macam. Sejuk dan seram jer. Tambahan waktu public holiday. Dalam muncung panjang sedepa, siap juga proposal Putrajaya. Sementara tunggu 12:30 nak balik, Yana on Facebook sekejap.

*ting*

Mesej masuk.

"Hey minah! Bangun! Bangun!"

Siot. Nita, kawan seofis yang mesej.

"Aku kat opis lah"

"Ha?"

"Yup. Pekerja mithali"

"Wakaka!"

"Pehal opis ni?"

"Budak ganti tu buat taik lah beb. Aku call tak dapat. Proposal Putrajaya tak siap. Ko taulah Koo Cheng macamana..."

"Sian ko"

"K"

"Leks!"

"Tengah releks ar ni. Dah siap dah pun. Kejap lagi nak balik sambung tidur LOL"

"Hahaha baguslah tu, berambus cepat, sebab..."

"Pesal?"

"Budak opis atas kata pernah nampak orang pakai topeng clown kat toilet level dia"

"Eh babinya kau!"

"Hahahahahaha!"

"Eh serius lah!"

"Hahaha tipu jer kot. Leks ar! Security kat bawah, mana leh senang masuk beb"

"Hurm"

"Hoi dah! Off FB gi balik ok!"

"Kbai"

Yana log out. 12:23 pm. Yana tutup desk top dan berjalan ke tepi pantry nak tutup suis aircond.

*tet tet*

Mesej Whatsapp masuk. Budak ganti tu. Hurm.

"Sorry kak, baru dapat baca mesej. Fon saya on silent. Jenuh cari dari semalam baru jumpa"

"Eh whatever lah"

"Sorry kak"

"Menyusahkan!"

"Saya dah siapkan sekali fail dengan cover untuk proposal Putrajaya tu kak"

"Kat mana ko letak? Tak nampak pun tadi"

Yana galak bermesej.

"Saya letak kat dalam almari besi tepi dengan water cooler tu. Sorry buat akak marah"

"K. Nanti aku tengok"

Yana berjalan ke hujung ofis. Gelap.
Suis lampu ditekan. Dan kelihatan almari besi tujuh kaki di tepi water cooler. Yana menghampiri almari itu. Dan membukanya. Budak ganti itu tergantung dengan kain tudungnya, perutnya terburai dek tusukan pisau. Yana menjerit dan berlari ke pintu masuk.

Too late. Lelaki bertopeng clown itu berada di luar pintu kaca, melambai-lambaikan tangan memegang telefon dan pisau.

"Hai Yana!"

No comments:

Post a Comment