5/06/2015

Creepyposta - Whatsapp

Sabtu. 11 pm. Hostel makin sunyi malam ini setelah batch terakhir pelajar pulang ke rumah petang tadi sempena cuti sekolah. Blok A dan Blok B hostel yang sebelum ini riuh rendah sehingga jam 1 pagi menjadi sunyi sepi dan gelap gelita.

Hanya beberapa buah bilik yang masih bercahaya di blok A dan blok B. Ada sekerat dua pelajar yang tak pulang ke rumah atas sebab tertentu. Macam Topek dan Farizul. Topek tak balik sebab mak ayah pergi umrah. Farizul tak balik sebab rumah nun jauh kat Arau. Tak berbaloi penat. Ada lagi yang tak balik, tapi Topek dengan Farizul tak rapat sangat dengan bebudak junior. Biasalah tu. Adat bebudak hostel kan.

Topek di blok A. Farizul di blok B. Kalau nak, sebenarnya boleh jer Topek tidur dalam dorm Farizul malam ni, tapi dia malas nak menapak. Setiap dorm boleh memuatkan 12 katil double deckers. Biasanya dorm Topek memang bising, tapi malam ini, hanya dia seorang. Takut? Tak juga. 11.30 pm.
Sambil meniarap di atas double decker atas, dia membalas mesej Farizul di Whatsapp.

"Takut palahotak kau"

"Hahaha!"

"Bodohlah kau"

"Jejaga tidur malam ni Pek. Kat blok A la depa nampak Makcik Karipap takde kepala hari tu"

"Eh bodohlah kau sia!"

"Kakaka! Leks ah!"

"Blah ah. Aku nak tidur"

"Mehlah datang dorm abam. Tidur sama abam kekeke"

"Bodohlah kau sia! Geli!"

"Woi leks ah. Awat tidur awal?"

"Malas ah layan ko"

"Pek, aku invite ko chat Whatsapp group ok?"

"Group mender ni? Kalau semua jantan tamo ah"'

"Ada awek ah Pek"

"Orait"

"Kejap aku invite ko"

*Farizul adds Topek to Siput Sedut group*

Topek tak kenal pun orang lain dalam group tu. Ada boys. Ada girls. 15 minit dalam group tu, Topek banyak membaca celoteh Farizul daripada berchatting. Dia tak pandai nak mengayat. Dia nerd. Dan pemalu. Tapi Topek perasan ada seorang chatter dalam group tu yang bertubi-tubi mengayat Farizul. 'Mak Lang' namanya. Dah tua kot, getus Topek.

Farizul: Kenapa nama awak macam tu? Awak ni dah nenek ek? Hahaha.
Mak Lang: Kenapa? Budak muda tak leh jadi mak lang ke?
Farizul: Sowi!

Topek hanya membaca. Tak minat dan tak tahu macamana nak mencelah. Sampailah dia private mesej Farizul.

"Joe, aku nak blah dari group tu ah"

"Kenapa?"

"Ko chat ah dengan Mak Lang ko tu kakaka. Aku ngantuk ah. Dah pukul 12 dah ni"

"Cheh! K. Tidur bebaik. Jangan bukak tingkap LOL"

*Topek left the group*

Turun dari katil, dia menutup lampu dorm di tepi almari. Alamak gelap sangat pulak, bisik hatinya, cuak. Tapi selepas 15 saat, matanya dapat menyesuaikan diri di dalam gelap. Sebenarnya taklah segelap mana pun sebab ada lampu jalan tepi padang.

Kembali baring di atas katil, Topek cuba menenangkan dirinya. Tak mahu ingat cerita Makcik Karipap tepi tingkap. Tak mahu! Dia nak tidur. Juga tak mahu ingatkan cerita budak dorm bawah terambil kain kapan pocong kat ampaian tengah malam buat cadar tilam. Tak mahu! Ataupun cerita perempuan rambut panjang paras dada merangkak keluar dari kolah bilik air tingkat tiga. Tak mahu! Semua tipu tu!

Dalam gelap, Topek bergolek ke kiri dan ke kanan. Gelisah. Terdengar sayup bunyi selipar di koridor. Budak bawah kot, bisik hati Topek.

*tet tet*

Hampir meloncat Topek bila telefonnya berbunyi dan bergetar di tepi bantal. Farizul Whatsapp.

"Bro, aku nak tidur bilik ko"

Topek pelik sebab Farizul bukannya jenis penakut.

"Pehal?"

"Tak leh tidur ah"

Pelik.

"Hurm K"

Tak sampai beberapa minit selepas Whatsapp itu, kedengaran bunyi selipar menaiki tangga, berjalan di koridor dan berhenti di luar tingkap. Topek menggigil di atas katil, badannya berpeluh di dalam gelap. Bingkas bangun, dia menyorok di dalam locker kosong di hujung dorm.

*sret sret*

Bunyi selipar semakin jelas kedengaran memasuki dorm Topek. Topek hanya mampu mematikan diri di dalam locker. Nak bernafas pun dia takut. Di sebalik lubang kunci, dia melihat apa yang sedang menantinya di luar locker. Betullah kata bebudak hostel! Kalau sebelum ni dia dengar cerita, malam ini dia nampak dengan mata kepala dia sendiri. Topek menahan nafas. Tak berani bergerak langsung.

Takut nak buat bunyi. TAKUT!

*tet tet*

Whatsapp masuk. Farizul.

"Oh lupa nak bagitahu, Mak Lang tadi kata dia langsuir kakaka. Bodo. Night"

Bunyi selipar itu berpatah balik dan Topek tahu benda itu ada betul-betul di luar lockernya sekarang.

"Haaaaaai Topek"

No comments:

Post a Comment