5/01/2015

Seramshit : Mencabar Jin

Dekat sekolah aku ni, ada satu tempat yang memang undeniably 'keras'. Diakui ustaz-ustaz sekolah aku sebagai tempat 'Jin Bertendang'. Lokasinya ialah belakang bengkel kemahiran hidup, berdekatan pagar hijau yang memisahkan sekolah aku dengan hutan di belakangnya.



Untuk pengetahuan umum, ni haa pagar hijau yang aku maksudkan. (sumber dari google)

Ok pada satu malam, aku, Yajid dan Izlun (bukan nama sebenar) tergerak hati untuk menerokai dan melihat sendiri tempat jin bertendang tu. Disebabkan reputasi tempat tu yang tinggi, maka terdetik kami untuk merasai 'kerasnya' kawasan yang sering dikatakan itu. Cari pasal namanya.

Berbekalkan mp3 dan speaker beats, maka kami mengorak langkah menuju ke tempat tu. Mp3 ada surah Al-Jinn, bukan lagu My Anaconda Don't hokay. Kenapa surah Al-Jinn? Sebab aku ada terbaca kalau seseorang nak lihat dunia ghaib (jin), bacalah dengan niat di hati, namun aku tak mahu la try.

Ok waktu tu ingat-ingat aku sayup dah, pukul 2 tak silap aku. Jalanlah kami 3 sambil perhati sekeliling takut terserempak dengan pak guard. Jalan punya jalan sampai lah kami ke tempat tu. Sampai saja, si Yajid pon bukalah mp3 dengan speaker dia. Si Yajid ni hati kering orangnya.

Kami duduk sambil dengar sebarang 'strange feedback' semasa surah itu dibuka. Setakat setengah bacaan surah tu tiada apa-apa yang berlaku. Kami pon mula berasa selesa walaupon mulanya agak takut-takut utk teruskan misi. Time tu lah 'benda' ni mula bagi respon. First kami dengar bunyi ranting patah patah, seakan ada 'orang' pijak ataupun kepak-kepak macam tu. Namun kami masih pikir mungkin ranting luruh dll.

Kami toleh ke belakang, menghadap hutan dan masa yang sama, 3 org kami nampak pergerakan aneh di sebalik pokok-pokok renek yang tebal. Tapi, masih lagi kami pikir positif mungkin binatang yang lalu lalang di dalam semak samun tu. Masih lagi beranikan diri untuk teruskan misi tu. Haa feedback yang last ni mmg buat kami chow sebab memang 'benda' tu yang sahut cabaran kami.

Kami dengar suara mendengus, seakan-akan marah, betul-betul di hadapan kami, di sebalik pagar tu. Time tu dah tersedar memang dia yang mendengus. kami terus lari tak henti sampai ke dorm. Masing-masing kembali ke katil dan tarik selimut untuk terus tidor.

Hehe, jangan harap lah hang dah cari pasai pastu boleh belah macam tu ja, 'dia' balik ikut kami ke dorm la bakhang harey sungguh. Lepas tu, sorang-sorang kena kacau dengan 'dia'. First, Yajid kena tindih dulu waktu dia cuba tidor. Lepastu Izlun pula kena tindih. Bukan coincidence dah ni, ni memang dia seek revenge atau saja nak kacau kami balik. Aku tak kena nasib baik sebab aku memang tak tidor terus lepas tu.

Kami 3 orang kumpul dan cerita lah apa yang berlaku masing-masing. Kami 3 tak tidor terus, sembang sampai ke cerah. Yaahh, esoknya tiada apa yang berlaku dah. Hehe malam tu dia mai lagi tapi dia kacau junior pula.

Malam tu tiba-tiba ada kes histeria kat dorm junior, salah sorang dari form 5 ni agak berpengetahuan dan mampu mengubat orang yang disampuk ni. Dia tanya kepada 'benda' yang ada dalam budak disampuk tu, 'kenapa kacau budak ni'? Guess what, dia cakap semalam ada 3 orang pi kacau tempat dia.

Siapakah 3 org yg dimaksudkan tu,  adakah aku, Yajid dan Izlun atau orang lain? Timbul perasaan cuak di dalam diri. Kami tahu kami 3 lah yang dimaksudkan tu. Form 5 yang merawat budak tu suruh 'benda' tu pergi dan jangan kacau lagi. Nasib baik benda tu tak banyak songeh, lalu dia chow. Lega rasanya di hati kami selepas tu.

Selepas kejadian tu, takda dah insiden-insiden lain yang berlaku. Kami 3 cukup lega ia berakhir di situ saja. Kami tiga putuskan untuk senyap dan tidak bercakap lagi perkara tu, sampailah hari ni saya buka cerita, hahaha.


Pengajaran

Janganlah mencabar 'benda' ni kerana depa pasti akan sahut cabaran, dan bersedialah dengan consequences nya.

No comments:

Post a Comment