5/01/2015

Seramshit : Tersempak Di Dalam Hutan

Kejadian ni terjadi wktu aku form 5, di sebuah sekolah asrama penuh di utara tanah air. Sebagai senior, adalah menjadi satu perkara yang merugikan jika sepanjang duduk asrama, tak pernah buat 'kerja gila'. Nanti tak boleh cerita kat anak cucu.

Pada waktu cuti semester, sekolah aku ada program lawatan mutual ke sekolah di Thailand. Aku terpilih untuk sertai program tersebut. Ketika pelajar lain balik bercuti, kami yang terlibat dengan program itu dikehendaki untuk 'stay' di sekolah utk taklimat dan persediaan.

Amat bosan suasana di sekolah ketika itu, lantas aku dan Sofwan (bkn nama sebenar) cadang untuk fly  disebabkan kebosanan yang ekstrem. Kami call kawan yang sedang bercuti untuk pick up kami untuk fly. Mereka setuju dan maka malam itu bersedialah kami 2 orang untuk fly.

Kebiasaannya, laluan yang selalu dipakai ialah melalui padang sekolah, lalu tembus ke jalan kampung. Namun, malam itu laluan itu 'tak clear'. Kelihatan pak guard mundar mandir di padang untuk melakukan rondaan rutin. Ketika itu kawan kami yang disuruh untuk pickup kami 2 orang dah pun otw. Mahu tak mahu, kami perlu cari laluan lain untuk fly. Tiba-tiba Sofwan cadangkan kami guna laluan pagar tepi surau, iaitu terus tembus ke hutan.

Pada mulanya memang aku tak setuju, namun tahap kebosanan di asrama memaksa aku untuk setuju jua ketika itu, cewahhh hahaha. Maka kami panjat pagar hijau dan lalu berjaya panjat dengan selamat. Setelah memerhati keadaan sekeliling, kami mula susun langkah, redah hutan.

Keadaan memang gelap gelita, bayangkanlah pukul 1 pagi. Deria penglihatan memang tak berfungsi. Meraba-raba kami dalam hutan mengelak ranting pokok. Sofwan berada di depan, membuka jalan untuk kami berdua melalui hutan itu. Aku follow belakang dia saja.

Sedang dia rancak membuka jalan, dalam keadaan tertunduk-tunduk, tiba-tiba dia berhenti dan terdiam seribu bahasa. Aku di belakang pon kehairanan. Aku cuba bertanya,

'wey awat hang berhenti tiba-tiba ni?'

Namun Sofwan masih membisu dalam keadaan melutut sambil kepala tunduk ke bawah. Rasa ingin tahu menguasai diri aku ketika itu. Aku meraba-raba poket aku dan terjumpa lighter ketika itu. (abang smoker). Beberapa kali aku petik, akhirnya menyala. Namun selepas menyala, kelihatan satu pemandangan yang tidak pernah terpikir untuk nampak, sama sekali.

Jeng jeng jeng...

Patutlah si Sofwan ni tiba-tiba jd bisu mcm org bodoh....

Di depan Sofwan, terdapat satu lembaga berbaju putih, rambut serabai melepasi bahu, kulit merekah, bau dia amat, amat busuk bak bangkai. Sofwan betul-betul melutut di depan lembaga tu, aku yang nampak jelas lembaga tu sedang memandang bawah ke arah Sofwan. Aku menggigil-gigil live tengok hantu.

Nasib baik 'lembaga' tu tak buat eye contact dengan aku time tu, mau pengsan aku dalam hutan. Jari ibarat terkunci tak boleh padam api time tu. Tiba-tiba aku nekad berlari, rempuh segala duri dan ranting dengan harapan untuk tembus ke jalan dengan segera. Haprak punya aku tinggai member sorang-sorang. Sofwan pintas bangun lalu terus lari di belakangku. Dia tahu aku mungkin ternampak lembaga di depan dia tu. Time tu memang main redah ja hutan.

Menggigil tak habis time lari tu. Dalam otak pikir kalau kantoi dengan pak guard pon lantak lah asalkan keluar dari hutan tu. Nun hujung di hutan, ternampak dua lampu samar, aku tahu tu lampu motor member yang nak pick up kami tu. Terus kami terpa dan bila jumpa member, tak sempat greeting apa dah, suruh depa chow dari tempat tu serta merta juga.

Selepas selesai semua, kami lepak minum kedai mamak. Hahaha dua-dua masing-masing menggigil trauma tak habis lagi. Selepas buka cerita, ternyata Sofwan berhenti langkah waktu dalam hutan tu sebab dia ternampak kain putih lusuh di depan dia, dia terkedu.

Pengalaman yang amat berharga buat kami. Kami syukur lembaga tu tak tindak nekad macam ketawa ka time tu, uishhh pakai rebah dua-dua orang dalam hutan. Agaknya lembaga tu nak sapa saja kami yang sedang buat jahat (fly) time tu. Tapi dengan pengalaman itu, dapatlah aku cerita kat anak cucu nanti, hahaha.

No comments:

Post a Comment