5/13/2015

Seramshit : Hantu Raya, Cik Lang & Sekolah

Hantu Raya

Cerita ni berlaku masa aku darjah  2.  Masa tu mak aku pergi outstation. So malam tu  aku tidur ruang tamu dengan adik dan abah. Korang pernah tak tidur dan kemudian bangun jalan sendiri dalam keadaan tak sedar? Ala, dalam cerita melayu kan banyak. Sedar-sedar kat depan tangga dah.

Macam tu lah jadi kat aku malam tu. Aku mimpi ada orang bagi salam dekat aku. Dalam mimpi tu aku jawab salam tu. Pastu aku bangun dan jalan pergi kat pintu dalam keadaan tidur. Aku bukak pintu tu tetiba angin kuat masuk. Aku terus terjaga dan terkejut kenapa aku kat pintu

Aku cepat-cepat pergi tempat tidur dan niat nak tidur balik sebab takut + pelik. Selang beberapa minit, tiba tiba.... Aku nampak ada lembaga besar sangat warna hitam. Dia jalan dengan anak dia kot. Anak dia kecik. Jangan sebelah mak dia nak p dapur.

Aku perati je disebalik bantal aku. Badan dia berbulu-bulu. Ingat kan bila dah msuk dpur, dia dah takda. Pastu dia ada balik. Dia diri depan dapur. Time tu mmg sejuk gila. Seram sejuk. Benda tu still ada teguh kat situ. Aku pun kejut abah aku. Cakap aku sejuk.

Then abah bangun bukak lampu dan p amik selimut. Benda tu dah hilang dah. Esoknya aku cerita kat abah dan cousin aku. Cousin aku pandai berubat. Dia cakap tu hantu raya. Benda tu datang dalam mimpi suruh aku bukak pintu. Benda tu ikut opah aku datang rumah aku.

Dia tertinggal. Aku tak tahu lah apa kaitan dia dengan opah aku. Hal orang tua. Cerita mereka banyak. Zaman-zaman dulu kan.


Cik Lang

Malam tu aku haus sangat. So nak p dapur. Straight dapur aku ada tingkap. Bila dah sampai dapur, aku bukak lampu and then yeahhh. Surpriseeee!! Kat tingkap ada perempuan pakai selendang putih senyum dekat aku. Haisshh!! Dah la buruk.

Aku tengok dia. Dia tengok aku. Terkaku sangat. Mata dia merah. Gigi bertaring. Senyum yang menyeramkan. Aku tergamam. Kaki rasa macam takleh gerak. Aku kuatkan diri. Pusing belakang chaww masuk bilik kejut mak abah bagitatu sambil nangis. Abah aku pun p dapur nak usha kat tingkap tu tapi takda apa.

Malam tu aku tidur bilik parents sebab takut. Sampai sekarang aku masih ingat muka benda tu. Takleh lupa. Esoknya kawan abah datang rumah. Kebetulan dia pandai berubat. Kelebihan Allah bagi abah cerita la dekat dia pasal aku.

Dia cakap tu Cik Lang. Dia saja jaa mengacau. Sebab tingkap tak tutup. Belakang rumah tu laluan dia. Oh lupa nak cakap, kawan abah cakap Cik Lang tu pakai baju kebaya. Kain dia batik. Macam dalam cerita kami histeria tu. Hihihi.

Moral of the story, jangan lupa tutup tingkap ya anak-anak yang cantik molek handsome.

Aku ni, ikutkan banyak story nak cerita pasal rumah ni. Macam-macam aku pernah nampak. Aku ada 6 adik bradik. Semua laki. Aku sorang perempuan. So, kawan abah cakap benda tu suka kacau aku. Sebab aku perempuan lemah semangat, adik bradik lain laki semua kuat semangat. Tak adil kan aku je yang kena?


Sekolah

Kisah 1

Cerita ni masa aku form 5. Aku ahli kadet polis. Aktif jugak la kadet aku p pertandingan itu ini. So, tiap petang akan ada latihan kawad.

Hari last latihan tu, kami habis lambat. Dalam kol 7 lebih camtu la. Time nak habis tu, aku dan kawan aku Lela kena p stor kadet kat hujung bangunan sekolah.

P stor sebab nak amik barang aksesori untuk baju uniform. Esoknya dah nak pertandingan kan, jalan berdua dengan dia. Sunyi gila sebab budak petang dah balik kol 6.45.

Keadaan nak maghrib. Cuaca mendung. Angin bertiup sepoi-sepoi bila dah sampai depan stor, si Lela ni ketuk pintu. Bagi salam. Tahu tak bagi salam macam mana? Jap eh aku hantar gambar dan maksudnya.

Haaa yang ni haaa


Lepas dah bagi salam Lela terus bukak kunci tu. Ketat jugak lah. Then tetiba boleh. Masa pintu baru bukak sikit, kami dengar barang-barang dalam stor jatuh-jatuh.

Lela cakap pintu macam ada something tolak dan angin keluar bila Lela bukak pintu tu. Terus Lela hempas pintu tu tutup dan lari p kat platun balik.

Cuak lah time tu. Pucat dah muka. Aku just bagitahu kat ketua platun je pasal ni time tu. Then dia pegi stor sorang-sorang amik borang. Dia sado takpa ah. Dia pergi takda apa pun. Relax je jalan.

Kisah 2

Still cerita pasal dekat sekolah. Yang ni pengalaman paling tak boleh lupakan. Aku fobia. Time tu form 5 lagi. Sekarang umur aku 19 lah. Masa tu sekolah aku buat kem, kem apa ntah lupa. Dari pagi buat aktiviti macam-macam. Sampai kol 6 baru cikgu suruh balik bilik.

Bilik kami tu kelas lah, ckgu suruh mandi dan siap-siap turun makan dan sambung aktvti malam. Gila taw ckgu ni pukul 6.30 kami dah kena ada kat kantin makan malam. Bayangkan dalam setengah jam je kau nak mandi, siap-siap. Tunggu turn toilet lagi. Dengan budak ramainya. Haih. Kami senior turun lambat. 7.15 pm baru turun.

Aku dengan Lela ni cam biasa lah berkepit berdua. Kami semua terus p kantin nak makan. Baru satu suap then cikgu jerit marah kami. Suara kuat gila jerit marah kami. Terkejut mak. Tersedak terus. Cikgu suruh kami makan cepat dia bagi 3mins only. Aku dan Lela jalan dulu, malas la makan.

Laluan kantin ni panjang taw. Aku jalan berdua dengan Lela. Yang lain still kat kantin. Time lalu kat tu kan dah maghrib so benda tu banyak. Tiba-tiba lampu kat laluan kantin tu bukak tutup bukak tutup. Hmm. Dia nak bergurau tu *think positif*. Jalan buat bodo ja.

Bila dah sampai depan surau, dengar bunyi mengilai pulakan. Dah la kuat. Haihh. Lagi sekali. Buat bodo ja laa. Sebab tu orang tua cakap maghrib jangan keluar. Jangan degil. Benda tu lagi banyak time maghrib berbanding malam taw.

Pendekkan cerita, malam tu habis kol 12. Terus masuk bilik. Setiap bilik ada cikgu. Tidur sekali dengan cikgu. Dia yang jaga kami. Pukul 1 a.m macam tu ada budak nak p toilet. Minta kebenaran cikgu. Cikgu cakap boleh tapi p ramai-ramai. Dalam 10 orang. Aku pun p sekali. Toilet tu hujung bangunan tingkat dua. Bila dah sampai toilet, aku dan kawan aku masuk dalam toilet. Yang lain kat singki cuci muka dan gosok gigi.

Tengah aku dalam toilet tu, tetiba satu sekolah blackout. Semua jerit dan lari keluar dari toilet tinggalkan aku sorang. Aku dah jerit suruh tunggu. Tapi takda sapa dengar sebab masing-masing jerit time tu. Aku dalam toilet tu sorang-sorang. Gelap gelita. Cepat-cepat aku keluar toilet. Nasib ada kawan aku tunggu aku kat luar.

Dia pun nyaris tinggalkan aku macam yang lain sebab masing-masing takut. Aku keluar toilet dengan jantung dup dap dup dap. Berharap tak jadi apa-apa kat aku. Fobia jugak lah duduk dalam toilet tu sorang-sorang time blackout. Masa nak p bilik tu, alhamdulillah letrik tetiba dah ada. Aku tengah takut lagi cepat-cepat masuk bilik tutup p tempat tidur tutup muka dengan bantal. Selang beberapa minit, dengar bunyi jerit kat bawah, budak kena rasuk.

Takda sorang pun berani keluar p tengok kat bawah. Yang kena rasuk tu laki. Teruk jugak la menjerit sampai tingkat 3 boleh dengar. Suara jangan cakap la nyaring gilaa doh suara dia. Dia berlari nak p kat stor kadet yang aku cerita tadi tu. Tempat benda tu kat sana. Kawan-kawan dia semua kejar dan tangkap dia.

Budak laki kelas aku yang ubatkan dia malam tu. Cikgu laki dok diam je. Cikgu tu pun takut. Dia cakap kat aku lepas bape hari kem tu habis. Budak tu ada akak. Akak dia kawan aku. P jugak kem tu. So kakak dia kena turun bwh tengok kan adik dia.

Kawan aku tu cakap, malam tu payah jugak la nak ubat kan dia. Benda tu degil. Dengan izin Allah, alhamdulillah keluar jugak benda tu. Esoknya time nak balik kawan aku tu cerita la yang adik dia kena rasuk sebab adik dia asyik pandang je stor tu lama-lama. Tu benda tu ikut dia. Bila dah selamat sampai rumah, aku rasa macam tak sedap hati. Tak senang duduk. Rasa rimas sangat. Tak tahu kenapa even dah solat pun still sama.

Bila dah malam, aku mengadu kat abah aku. Aku cakap aku tak senang duduk macam ada yang tak kena. Abah aku tahu dah anak dia mesti ada benda menumpang. Dia pun call kawan dia yang boleh berubatkan orang tu. Kawan abah cakap memang ada benda menumpang pun. Dekat tengkuk. Dari sekolah benda tu.

Kawan abah pun scan n buangla benda tu dari jauh. Tinggi jugak la ilmu dia. Pastu aku tanya Lela, dia ada rasa tak macam aku rasa. Dia cakap ada so aku pun bagitahu laa kawan abah tu. Dia cakap kat Lela pun ada. Tapi dekat bahu. Dia tumpang jugak. Pastu dia tolong lah buangkan.

Sorry, i mean, benda tu tumpang bahu Lela dan kawan abah pun terus buang benda tu. Aku pun saja la tanya dia , benda apa yang tumpang tu, dia cakap dekat aku kak ponti tumpang. Kat Lela Cik Lang tumpang. Haihh, meremang jugak la.

5/09/2015

Seramshit : Mimpi & Cermin

Kisah 1 : Mimpi

Pernah tak semua benda benda ni jadi kat korang sebelum ni? Ikut apa yang aku gugel ni, benda ni tanda-tanda korang nak dapat 'sesuatu'.

Kerap bermimpi menyusukan bayi. Kerap bermimpi dikelilingi kanak-kanak. Kerap bermimpi ada seseorang ingin memberi sesuatu didalam mimpi.

Boleh mengubat belajar melalui mimpi. Boleh mengurut belajar melalui mimpi. Sering sakit lutut tanpa sebab klinikal. Kerap bermimpi rumah lama/rumah pusaka. Kerap bermimpi ahli keluarga yang telah lama meninggal dunia.

Sakit anggota badan/pengsan bila menziarahi orang yang meninggal dunia. Banyak penyakit genetik/ketumbuhan ganjil pada badan.

Cuba check balik, pernah tak korang alami benda-benda macam ni. kalau tipu pak cik gugel tu maka tipu lah aku. Aku pernah bermimipi sesuatu macam yang ada dalam senarai ni tapi kejap lagi lah aku cerita.

Kisah 2 : Cermin

Tutup lampu. Dalam gelap, berdiri depan cermin  dan senyum. Pegang phone, on camera and on flash. Jangan lupa senyum.

‘’Kau kawanku, rambut panjang mengurai. Kau mengaku aku anak mu. Temani tidur ku selalu.’’

Kalau korang tak ada depan cermin pun. Dia ada dengan korang. Temani tidur korang.  Setiap hari, dgn senyuman. Okay, dekat rumah aku ni ada cermin yang aku tak tahu dari mana asal usulnya. Yang aku tahu.

Mak angkat aku yang bagi cermin ni. mak angkat aku ni duduk singapura tapi sebab dia dah berhenti kerja. Dia ambil keputusan untuk pindah kat johor, jadi segala khazanah dari sana dia bawa sampai terlebih-lebih pula.

Dan ada beberapa barang antik yg dia bagi kat mak aku, mak aku pula terima dgn hati terbuka. Termasuk lah satu cermin ni. Cermin putih. Bentuk dia bujur. Ada meja solek sekali, kalau tengok cermin ni tak ada apa yang istimewa pun. Cermin buruk.

Dan setahun lepas tu aku pindah. Rumah aku tu boleh kirakan dalam hutan, sebab ayah aku kerja kilang. Rumah-rumah staff pun dekat dengan kilang, dalam ladang. Dari jalan besar ke rumah aku ada lah dalam 3 km, tanah merah pula tu.

Lepas beberapa bulan duduk sana. Ada malam tu aku mimpi. Mimpi yang agak pelik. Ada orang bagi aku baby warna macam janin tapi macam janin yang dah dibiar lama.

Tapi baby tu tak lah kecik, macam baby yang umur 5 bulan tapi baby tu sangat kurus. Sampai nampak tulang. Baby tu orang tu bagi dalam plastik warna hitam. Bila aku dah terima, dan buka plastik tu. baru aku tahu ada baby.

Dan lepas tu aku rasa suasana macam kelam kabut. Aku terjaga dari tidur dan dengar anjing menyalak kuat. Macam tengah bergaduh pun ada. Tapi yang aku tahu anjing tu bukan sekor. Banyak! Buat rombongan agaknya.

Dan aku pun sambung tidur yang terganggu tu. Nak pk susah-susah kenapa? Tidur je lah. cerita pun dapat ditamatkan dengan riang rianya. Tapi bila aku bangun pagi tu nak buat hw. Aku rasa sesuatu. masa tu aku form 2. Sekolah petang.

Aku rasa macam ada benda perhatikan aku. aku pandang cermin tu, sebab rasa orang perati dari situ. Bila pandang tak ada apa pun, tapi bila aku pandang lagi sekali. Ada benda kat cermin tu dan benda tu merupakan ‘salam perkenalan’. Aku terus berlari keluar bilik dan cari mak aku.

‘’Mak, kenapa ada tapak tangan kat cermin bilik orang eak?’’

Mak aku kerutkan dahi dan jawab, ‘’Cermin tingkap. Mesti lah ada orang pegang.’’

Aku geleng laju. ‘’Ini bukan cermin tingkap lah. Ini cermin meja solek. Cuba mak pergi tengok.’’

Aku masuk bilik aku dulu dan bila dah masuk, aku perhatikan pintu. aku tengok, masa mak aku nak masuk dia tertolak ke belakang. Kali ke dua dia cuba masuk baru boleh. Bila dia ada betul-betul depan cermin. Dia diam dan keluar semula dari bilik aku.

Masa ni aku pula datang dekat cermin dan tengok betul-betul. Ada banyak tapak tangan tapi macam bukan tapak tangan manusia. Tapak tangan tu berlumpur. Tapi cuma rangka. Nampak kesan tulang dengan kuku. Macam ditarik kat atas cermin tu.

Kali ke 3 mak aku masuk lepas dia baca beberapa surah. Baru dia okay sikit. Dia berdiri dpn cermin dan cuba lap lumpur tu. Tapi tak tanggal. So kitorang cuma boleh buat tak tahu je, aku terus keluar dari rumah bila teringat pasal anjing2 yang menyalak malam tu.

Mana tau ada kesan bergaduh ke apa. Semalam dengar macam banyak sangat tapi apa yang aku jumpa kucing aku mati dengan perut terburai. Kepala dia pula terputus dari badan. Bangkai-bangkai tu bersepah tepi rumah.

Bukan sekor je tapi 3 ekor kucing. aku nak menangis dah masa tu. Mimpi pelik, anjing bergaduh, ‘salam perkenalan’. Aku dgn mak aku tak buat apa pun, cuma tggu ayah aku balik. Ayah aku tanam bangkai kucing tu dan cuba padam tapak-tapak tangan kat cermin.

Tapi still tak boleh. so kitorang decide untuk biar je. Tapak tangan tu pula cuma boleh dipadam lepas aku balik dari sekolah. Waktu maghrib. Bila ayah aku tanya ustad. Ustad cakap rumah aku ni betul-betul kat laluan dia tapi takkanlah sebab tu je?

Bila aku tanya mak aku, dia diam. macam nak rahsiakan sesuatu, tapi aku tak mengalah. Aku tanya lagi sampai dia cakap benda yg sebenar. Sebenarnya tepi bilik tu ada kubur lama. kubur tu ada sejak rumah tu tak di bina lagi.

Aku pula terus tukar bilik, tapi sebab selalu sangat kena kacau. Selepas 6 bulan kitorang pindah rumah. Sejak tu aku takut nak tengok cermin bila waktu malam tapi aku still guna cermin yg sama. Bila mlm je aku rasa ada benda peratikan aku.

Seramshit : Saka

Kejadian ni berlaku dikampung aku. jiran belakang rumah nenek aku ni kalau nak diikutkan memang ada saka. Tapi anak-anak dia tak dapat terima. Memang payahlah nak balik rumah nak menjenguk mak dia.

Satu hari tu, mak diaorang dalam keadaan tenat. Tak ada sorang anak pun yang balik dan yang jadi masalah nya adalah siapa yang nak terima saka dia? Masa tu ada lah beberapa orang yang setia tunggu nenek ni, termasuk nenek aku.

Keadaan dia memang teruk. Rumah dia berbau sangat busuk. Malam tu, ramai yang dengar bunyi ketukan dari bumbung dan pintu rumah dia. Ketukan yang bertalu-talu. Macam nak runtuhkan bumbung. Nak tanggalkan pintu. Nenek tu pula macam ada sesuatu yang menganggu.

Kadang-kadang mata dia terbelalak macam nak terkeluar biji mata, ada juga dia menjerit tapi dalam keadaan yang tak bermaya. Tapi akhirnya dengan bantuan orang kampong dan ustad, saka dia berjaya dikeluarkan tapi malangnya entah kenapa saka tu dibuang dekat belakang rumah nenek aku dan semenjak tu memang banyak perkara pelik yang jadi.

Belakang rumah nenek aku ni, belakang rumah nenek tu juga. Kira macam rumah menghadap tapi yang belakang. Antara benda pelik yg jadi bila ada tetamu yg dtg rumah nenek aku tapi nak masuk dari pintu belakang. Aku tak kata seram sebab byk shit je.

Pintu belakang ni memang kitorang jarang bukak sejak kejadian tu sebab memang tak berani. Tapi masa 'tetamu' ni datang entah kenapa semua macam tak berani nak bantah masa dia nak masuk lalu pintu belakang.

Sepanjang dia jalan dari pintu belakang sampai ke pintu depan. Ada darah menitik, nampak macam dari jari dia. Bila cousin aku tengok bebetul 'tetamu' tu punya jari tak luka apa pun. Bila ditanya 'tetamu' tu cuma senyum macam tahu sesuatu. Bila 'tetamu' tu keluar je dari rumah. Darah tu pun hilang. Cousin aku pun beranikan diri tanya 'tetamu' tu. Mcm mana darah tu boleh hilang.

'Tetamu' tu mulanya dia tu cakap je sebab tak nak cerita tapi dah cousin aku paksa-paksa macam eksaited pula nak tahu. Dia cakap lah. Darah tu ada yang jilat. Benda tu merangkak dalam rumah. Lidah dia panjang. Rambut dia kusut dan menyapu lantai.


Badan dia ada kesan cakaran, macam ditoreh pun ada juga. Aku cuba bayangkan, mungkin macam ni. Mungkin

Sejak dari tu nenek aku ambil keputusan nak pagar rumah dia tapi lepas pagar pun still ada lagi benda pelik jadi. Kalau malam-malam ada yang gegar pintu tu memang dah lali lah. hantu ni suka dengan pintu agaknya.

Pernah juga masa semua org balik sana. Masa yang lain tengah khusyuk tengok tv tapi cousin yang umur 5 tahun ni buzy main kat depan. Dia bercakap sorang-sorang, berlari macam tak ada arah dan ketawa dengan kuat macam happy sangat dapat main.

Bila dia pergi kat kitorang, kakak dia tanya. ‘’syakir main dengan siapa?’’ dia jawab ‘’main dengan kawan lah.’’

‘’kawan syakir lah. Sama besar dengan syakir tapi dia pelik. Dah lah tak pakai baju. Telinga dia panjang pula tu.’’ Dan dia pun ketawa. Aku jelling  tajam budak kecik ni. Engko ingat lawak ke cerita macam tu? Dah lah ruang depan tu ada bilik aku.

Bila nenek aku panggil ustad, ustad tu cakap masa rumah ni dipagar. Yang kecik ni tertinggal dalam rumah. Dah masalah pula kena tangkap hantu kecik ni. dasar setan! Bila semua masalah dalam rumah dah settle. Yang tinggal cuma kat luar je lah tapi tak ada lah teruk sangat dia kacau. macam korang kacau aku.

Acah-acah je. mgkn sebab dia nak ajak berkawan. Tapi mulut tu memang kena jaga, jangan sesuka hati nak seru dia. Klu tak, keluar je rumah. Siap lah. Pernah juga masa nenek aku pegi umrah. Family aku balik sana bawa makcik aku yg tgh mengandung. Ayh aku mmg tak bg makcik aku jejak dapur.

Sebab takut benda tu kacau. Ayah aku pula pergi bersihkan belakang rumah tempat benda tu bertendang. Bila balik rumah. Malam tu ayah aku mimpi. Ada tiga orang lelaki botak, badan besar dengan mata merah ketuk pintu rumah kitorang.

Dia kata nak masuk rumah tapi dia nak ayah aku buang dulu ikan puyu yang ada dalam rumah ni. kalau tak dia tak boleh masuk. Dia kata lagi ayah aku kacau tempat dia. Ayah aku kena tanggung sesuatu tapi dia tak bagi tahu apa. Dah kejadah apa nak buang ikan tu. peliknya permintaan. Tapi dah tu yang ayah aku mimpi. Lantak dia lah. bkn mimipi aku pun.

Seramshit : Rasuk

"Cikgu..ada budak kene rasuk lagi cikgu!"

Masuk hari ini sudah hampir sepuluh kali kejadian sama berulang. Hampir setiap hari pelajar perempuan di asrama puteri sekolah tempat aku mengajar dilanda histeria. Apa puncanya, aku tak tahu.

Asrama ni memang aku tak nafikan kekerasannya. Memang sejak dari dulu ada je pelajar yang jadi mangsa kerasukan. Setiap tahun tak pernah kes tu berjaya diselesaikan. Berpuluh ustaz, bomoh, pawang, dukun telah dibawa untuk 'menawarkan' kawasan asrama ini. Tapi tetap tak berjaya. Semakin lama semakin teruk adalah.

"Kali ni dekat mana pulak Siti?"

"Dekat blok B cikgu!"

jawab budak tu dengan tubuh yang menggeletar. Selaku warden yg sememangnya ditugaskan untk menjaga perihal anak2 murid kat sekolah ni, muka aku jugalah yg dicari time2 gawat macam ni. Apa je yg jadi kat asrama perlu aku selesaikan secepat mungkin. Walaupun pada jam 3.00 pagi! Hantu ni mmg suka menyusahkan aku ke apa?

"Kejap lagi cikgu datang..kamu pergi balik asrama dulu.."

Gelap-gelap macam ni pun aku redah jugalah. Namanya pun tugas kan? Kadang-kadang gerun juga. Salah tengok, tiang lampu pun aku ingatkan cik ponti.

"Arrggghhhhh!!"

Jeritan nyaring aku dgr dari arah asrama perempuan. Mati lah nak. Engko nak rasuk pun tak payah lah menjerit bagai. Aku makin gelisah. No telefon warden lelaki aku dail. Bila aku tgk jam dah mencecah 3.30 pagi. Aku geleng kepala, mmg waktu dia lah kan.

"Cikgu. Ni ada pelajar kene rasuk lagi ni"

"Lagi sekali? dekat mana pulak kali ni?"

Garau suara Cikgu Amir. Mungkin tengah lena diulit mimpi.

"Blok B..tempat yang sama.."

"Ok..kejap lagi saya datang.."

Klik! Dgn rasa berani yg bersisa aku gagahkn diri juga pergi menapak ke blok B. Warden pun manusia juga. Ingt aku tak gerun ke dgn benda mcm ni?

"Pssstt.."

Ada orang panggil aku dari belakang. Nak pandang ke tak nak? kalau filem melayu jgn pandang belakang. Sis confuse dik. Tapi sebab nak tunjuk hero aku suluh juga lah dekat kawasan yang aku lalu tu. Yang aku nampak cuma pokok pisang.

Orang kata pokok pisang tempat dia main sembunyi2. Entah ya ke tidak, engko jangan percaya. Tiba2 aku rasa ada sesuatu sentuh bahu aku. Slow2 aku pndg blkg. Cikgu Amir rupanya. Sia2 je jantung aku berdegup 120km/j. Lepastu aku dengar jeritan makin kuat. Apa kau buat ni setan.

''Cikguuuuu!''

''Cepatttttttt!!!!''

Ada sorang pelajar panggil kitorang. pantang nampak cikgu buat drama hindustan, ada je yg kacau. Bila aku mula jejak bilik bdk tu, aku mula teringat peristiwa yg jadi sblm ni. Kes yg sama. Pelajar kerasukan. Tp pembawaannya berlainan.

Setiap kerasukan mempunyai pembawaan yang berbeza. Maksudnya ialah cara dia merasuk dan cara dia memperlihatkan dirinya pada khalayak. Ada juga yang kelakuannya kasar seperti tidak ketentuan arah. Berlari sepanjang koridor asrama sambil menjerit tak berhenti. Nyaring!

Sampaikan kalau nak redakan kena ada sekurang-kurangnya 5 orang untuk tarik dan peluk dia. Kalau tak, melompatlah dari tingkat 4. Dan yang paling menakutkan pernah aku hadap pada dua hari lepas. Masa tu hujan lebat. Semua orang tengah tidur waktu benda ni jadi.

Pelajar tu ddk termenung atas katil. Merenung luar tingkap sambil meratib seolah berzikir. Terkumat kamit mulut dia entah membaca apa. Saat ditegur, dia sekadar berpaling sambil tersengih. Tapi aku pasti tak ada orang nak tengok sengihnya. Sebab gigi dia berlumuran darah akibat ditonyoh dengan benda tajam. Dia mencederakan tubuh yang dia rasuk!

Dan harini lain pula ceritanya, yg lagi bertambah pelik. Knp bdk perempuan melayu je yg dirasuk? padahal dekat asrama tu ada je kaum lain.

"Cikgu..tu..dia ada dekat dalam bilik tu.."

Sorang pelajar tunjuk, budak mana yang kena rasuk tu. pelajar2 lain pula ada yg tekun baca yasin.

"Aishah?"

Aku kenal budak ni sebab aku mengajar dia. boleh dikatakan pelajar ni sangat-sangat cantik. Masa aku tegur dia, dia tgh berdiri ditepi tingkap. jari dia bermain atas tingkap mcm tgh sapu habuk. Kepala pula terlentok kiri dan kanan.

''Shhhhhtt''

Dia letak jari telunjuk dekat bibir dan tersenyum sambil pandang aku. Senyuman yang aku tak dapat tafsir macam mana.

"Aishah..ini cikgu ni..sini datang dekat cikgu.."

Aku memberanikan diri memujuknya. Walaupun aku tahu yang itu bukan murid aku. Perlahan tubuh dia berpusing  menghadap aku yg tengah berdiri beberapa langkah dari dia. Meh pandang cikgu yg cantik ni meh. Tapi muka dia. Muka dia kusam, rambut dia mengerbang, matanya membulat  memerhatikan segala yang ada di sekeliling. Macam nak terkam orang pun ada.

"Kau nak apa?"

Dia berbisik perlahan. Tak cukup dengan tu dia bagi sengih menawan dia. meremang wehh. biasanya tak macam ni pun. Aishah melangkah. Setapak demi setapak ke arah aku. tangannya didepakan dan dia peluk aku perlahan. Teresak sedu tangisnya. sayu!

"Kita pergi surau ye Aishah?"

Terus aku ditolak kasar. Hampir nak cium lantai juga lah waktu tu. Aishah terus bertindak di luar kawalan. Dia menjerit sambil meludah lantai. Kawan dia pula ditarik dan dipukul sekuat hati. Ada juga yang mkn penampar sedas dua. Setan punya setan.

''Cikgu! cepat telefon ustad''

Aku pandang budak tu, budak tu pandang aku. Apa ke bangang dari tadi tak telefon ustad. Lepas stgh jam menunggu, ustad pun sampai. Yg kena rasuk tu mmg dari tadi dok test vokal dia lah. 

''Cepat baringkan dia!'' arah ustad tu

"Ustad..kalau saya nak tengok wajah hantu yang merasuk tu. Boleh?"

Aku sendiri tak tahu dari mana datangnya keberanian tu. Mungkin sebab pelajar yg kena rasuk tu pelajar kesayangan aku. Sampaikan aku rasa nak bercakap sendiri dgn makhluk yang merasuk dia.

"Boleh"

Jawab ustad tu. Dia suruh aku pejamkan mata. Perlahan-lahan aku rasa ada angin bertiup kat muka aku.

''Buka mata tu''

Bila ustad srh je aku buka mata. aku nmpk pelajar berkerumun dkt Aishah dan aku tak rasa mcm nak pndg muka Aishah masa tu.

"Jangan takut cikgu. Saya dah 'kuncikan' dia..tanyalah apa yang cikgu hendak tanyakan.."

Aku terus nampak benda yang duduk depan aku. Benda yang juga rasuk Aishah tadi. Tubuhnya kurus seperti tidak berisi. Rambutnya mengurai hingga ke lantai. Kulitnya berkedut seolah tiada isi di balik kulit. Matanya cengkung menampakkan tulang. Dan wajah dia mengerikan. Lebih mengerikan drpd wajah mayat yang dah mati beratus tahun. Pucat tak bermaya. Berulat dan bernanah kekuningan merah pekat. Hanya tersenyum meleret dan tak bercakap apa.

"Kenapa kau suka rasuk pelajar asrama ni?"

Dia diam dan pandang tajam muka aku.

"Jawablah aku tanya kenapa senyap?"

Aku tinggikan suara. Nak marah hantu muka kena tunjuk ganas beb.

"Kenapa kau tak pergi rasuk pelajar lelaki?"

Dia pandang aku lagi tapi kepala dia digoyangkan ke kiri dan kanan. Mula meratib. Bertahun dah dia mengacau. Tapi sasarannya tetap pelajar perempuan melayu kat sekolah tu.

"He he he.."

Kali ini barulah aku dengar suara dia yg serak tu. Dia tersengih dan terus bangun berjalan mendekat dengan Aishah. Muka Aishah diraup dengan jari yang berkedut. Perlahan, wajahnya dipanggung semula dan pandang aku sambil berkata.

"Siapa bilang gadis melayu tak menawan tak menarik hati..tiada terpikat..kalaulah memang tak mungkin aku tertarik!''

"Lemah lembut gayanya..indah manis si dia..heyyy...!!"

"Ramai-ramai menyanyi..!!"

Jeritnya sambil mengangkat kedua belah tangan ke udara.

5/08/2015

Seramshit : Ngesot

Cerita ni, berlaku dekat rumah yang aku duduk sekarang. Sebagai intro, aku ceritakan sikit sejarah rumah aku ni. Rumah aku ni dah usia lebih 30 tahun. Aku duduk sini pon dah lebih 20 tahun. Campur dengan rumah ni terbengkalai dalam 10 tahun.

Jadi dalam tempoh tu, tak mustahil ada penghuni lain yang book rumah tu awal-awal. Kebetulan pulak rumah ni dari kawasan hutan. Benda ni dalam 2 tahun lepas. Kalau tak silap aku. Masa ni aku tengah belajar lagi.

Rumah aku ni macam yang aku citer, selalu la ada gangguan. Orang berjalan keliling rumah, ketuk-ketuk tingkap. So, abah aku pun nak "pagarkan" rumah ni.

Masa ni family aku tolong akak aku, jagakan anak sedara aku sebab diaorg ni selalu sakit. Oops, lupa nak cakap. Akak aku pun ada 3 orang tau.

So, aku describe sama macam abang aku, akak no 1, no 2, no 3. Masa kes ni jadi, abang aku no 3 dan akak aku no 1 baru sampai rumah. Dalam pukul l.11 lebih masa tu.

Bila sampai rumah, diaorang lepak kat dapur. Berbual-bual. Akak aku no 3 berbual dengan adik aku dalam bilik. Akak aku yang no 2 dah selamat tido dah masa tu.

Masa tengah-tengah adik aku bercakap, dia tutuplah pintu bilik. Tengah-tengah dia bercakap, pintu bilik terbuka. Perlahan je. "Krikkkkkkk!"

Adik aku pun tutup balik. Baru dia nak sambung berbual, pintu tu terbuka lagi. "Krikkkkkkkkkkk!" Masa tu adik aku dan akak no 3 dah terdiam.

Diaorang terus panggil abang aku. Lepas tu terus diaorang lari ke dapur. Dia cerita kat abang aku. Abang aku ketawa je sebab dia kata perasaan je tu.

Abg aku pun terus bangun nak ambil tuala. Masa dia otw ke pintu bilik dia, dia terus diam. Dia terus cakap, "tak boleh jd ni."

Dia terus kejut akak aku yang tengah tidur tu. Mak aku tanya kenapa? Mula-mula dia tak nak cakap. Last-last dia bagitahu.

Masa dia berdiri tu, ada perempuan hodoh, mengesot keluar perlahan dari bilik aku, pegi ke pintu depan rumah aku.

Punyalah seram masa tu. Mula-mula kitaorang ingat ada benda menumpang abang aku masa dia otw balik. Rupanya baru aku teringat, masa abah aku azankan rumah, aku tutup pintu bilik aku. Sebab masa tu anak sedara aku tengah hyper.

Aku takut suara dia ganggu abah aku. Sekali aku buat bilik aku tak kena pagar. Tak lama pastu, abah aku pagarkan semula rumah tu. Mesti korang tertanya-tanya pahal rumah aku banyak nor makhluk-makhluk tu. Aku sendiri pun tak tahu kenapa. Padahal dah banyak kali pagar kot.

Nak dengar lagi tak? Kisah yang ni pendek sikit sebab benda ni mungkin tumpang lalu je kot. Masa benda ni jadi, abang aku tengah renovate dapur rumah aku. Dia pasang mozek. Tengah-tengah buat, simen tak cukup.

Dia pun suruh aku bancuh simen dalam baldi simen tu. Aku pun ajak la akak dan adik aku temankan. Korang tau tak citer phobia. Citer horror thai. Masa ni kitaorang obses gila tengok citer ni. Sampai terbawak-bawak dialog thai walaupun aku tak tau apa yang aku cakap.

Tengah-tengah bancuh tu, aku dengan akak aku pun sibuk la berbual dalam bhsa thai. Lepas habis berbual, aku ni boleh mulut celupar plak. Aku cakap, "ntah-ntah apa yang kita cakap ni jampi panggil hantu.". Habis je aku cakap, ko tau apa yang kitaorang dengar.

Suara perempuan ketawa sayup je dekat sebelah aku. Aku terus berhenti bancuh simen.

Adik kau boleh tegur, bunyi apa tu. Terus kitorang masuk rumah sambil bawak simen tu. Bila aku story dekat mak aku, terus kena syarah. Jangan cakap benda-benda yang kita tak tau maksud. Mungkin perkataan yang kita sebut satu pemujaan, yang kita sendiri tak sedar.

Seramshit : Tetamu

Benda ni jadi kat rumah aku. Kes ni kena dekat abang aku yang no1. Sebelum tu aku ni bagitau. Abang aku ada 3. So, aku panggil abg no1, no2 dan no3. Lelaki zaman-zaman lepas sekolah kan suka lepak dengan membe. Termasuk la abang aku ni. Balik rumah pun tengah-tengah malam. Kol 2 3 pagi.

Satu hari ni, dia balik dalam 3 pagi tak silap. Dia pun tumpang la membe dia yang balik satu hala dengan dia. Membe dia ni malas nak hantar abang aku sampai rumah, dia drop kan abang aku kat tepi jalan besar. Lepas dia drop, dia terus gerak balik.

Masa ni dalam tahun 90an. So, kawasan rumah aku ni masih lagi dikelilingi sawit, getah, paya dan jugak berhampiran kubur. Masa abang aku melintas jalan, ada kereta yang lalu hon dia. Biasa la, malam-malam ni takut tak nampak sangat. Zaman tu pun lampu jalan tak banyak.

Bila abang aku dah melintas, dia pun jalan menonong balik rumah. Tengah-tengah dia jalan, dia dengar ada orang hon lagi. Macam ada orang melintas.

Dia tak sedap hati, terus balik dan masuk rumah tak baca apa-apa. Haaa, sebelum tu aku nak cakap. Lain kali dah blik lewat malam, biasakan baca ayat kursi.

Lepas dia masuk rumah, dia terus tidur. Dalam bilik tu ada bunk bed. Abang aku yang no 3 tidur atas sebab dia paling muda dan paling ringan antara 3 tu. Tengah-tengah abang no3 aku ni tidur, tiba-tiba dia terbangun. Dia macam rasa orang dok peratikan dia.

Dia pun pusingkan badan dia. Luluh tak luluh kau bila tengok sebelah dia ada lembaga besar, berbulu berdiri sebelah katil dia. Dia terus pusing membelakangkan benda tu. Dia pikir-pikir nak keluar ke tak nak dari bilik tu. Dia pun kuatkan hati, turun dari katil.

Terus rempuh benda tu, keluar dari bilik dan pegi kat ayah aku. Dan masa tu jugak, something kena kat abah aku. Abah aku tengah tido, tiba-tiba dia rasa ada benda dekat belakang dia. Dia dah berdebar-debar dah masa tu. Perlahan je dia bangun.

Pusing-pusing tengok abang aku no 1 dekat belakang dia. Tengah baring sebab takut. Dia awal-awal dah selamatkan diri, tinggalkan abang aku yang no 3 sorang-sorang dalam bilik Abah aku pun bebel-bebel dekat abang aku balik lewat malam. Moral of story, balik rumah jangan lewat-lewat. Kalau lewat, biasakan diri baca ayat kursi. Sebab takut ada tetamu tak diundang. Tengok-tngok sikit sebelah katil tu. Ada tetamu x?

Seramshit : Kawan

Cerita ni, berlaku dekat rumah yang aku duduk sekarang. Sebagai intro, aku ceritakan sikit sejarah rumah aku ni. Rumah aku ni dah usia lebih 30 tahun. Aku duduk sini pon dah lebih 20 tahun. Campur dengan rumah ni terbengkalai dalam 10 tahun.

Jadi dalam tempoh tu, tak mustahil ada penghuni lain yang book rumah tu awal-awal. Kebetulan pulak rumah ni dari kawasan hutan. Ready?

Masa umur aku dalam 5 6 tahun, aku ni degil sikit. Suka buat kepala sendiri, suka buat abang-abang dan akak-akak marah. Setiap kali aku kena marah, aku akan cakap,

"Panggil kawan karang!"

Mula-mula diaorg buat tak tahu je, sapa KAWAN aku. Lama-lama baru diaorang terfikir, sapa KAWAN aku tu. Dekat dapur rumah aku, ada satu akuarium. Dalam tu abah aku letak ikan puyu. Satu hari mak aku nampak aku cakap sorang-sorang sebelah akuarium tu. Sambil dok bergayut tepi meja. Mak aku dok perati je masa tu.

Last-last dia tanya aku,

"Cakap dengan sapa?"

Aku pun jawab, 

"Cakap dgn kawan"

Mak aku tanya lagi,

"Macam mana dia datang? Macam mana rupa dia"

Aku jawab sambil tunjuk pintu.

"Dia masuk ikut pintu. Tapi dia tak bukak pintu pun. Dia lalu je ikut pintu. Badan dia hijau. Mata dia satu. Ada tanduk!"

Macam tu la mak aku citer masa aku jawab dekat dia. Lepas kes tu, takde apa-apa jadi kat aku sebab maybe mak aku citer benda ni kat abah aku. Abah aku tahu ubat sikit-sikit cara islam. Takla hebat sangat. Boleh la protect family aku. Mesti korang fikir budak-budak ada kawan khayalan kan?

Benda yang sama jadi kat akak aku. Tengah-tengah malam dia bangun dari tidur. Masa tu abah aku tak tidur lagi. Abah aku tanya,

"Nak pegi mana?"

Akak aku boleh jawab,

"Aku nak pinjam anak kau kejap. Nak ajak dia main dekat belakang!".

Dan yang penting, suara tu bukan suara akak aku. Mengah-mengah jugak abah aku nak kejar dia dalam rumah. Lepas tu, abah aku bacakan ayat kursi. Akak aku tidur semula. Tapi dia sendiri tak ingat apa jadi.

Creepyposta - Till Jahanam

Orang kata cinta itu buta. Sebab itu orang bercinta suka meraba-raba. Fyqa dan Shuk pun sama. Bukan meraba. Tapi buta.

Kenal di hashtag #chemistrypickupline, lepas tu keluar dating, pung pang jumpa family, dalam lima bulan terus nikah. Tak tunggu seru pun.

Nak masuk bulan kelapan hidup sebagai suami isteri, Fyqa mula bosan dengan Shuk. Dulu, itulah wajah yang dirindui, sekarang timbul benci.

Macam pagi ini. Fyqa tak tahu kenapa, tapi dia meluat sangat dengan Shuk. Suara paraunya bila bangun tidur. Mata sepetnya. Bau busuknya.

Salah siapa? Bercinta segera, tak kenal hati budi masing-masing, akhirnya merana di dalam perkahwinan. Ramai macam tu, Fyqa tahu.

Seperti biasa, pagi itu Fyqa menyediakan sarapan untuk Shuk. Kalau dulu, pujian suami disambut  dengan senyuman meleret, sekarang tak lagi.

"Sedapnya nasi goreng ayang"

"Kalau sedap tambahlah. Kalau tak sedap, diam jer"

Shuk tak peduli cakap Fyqa. Padanya, Fyqa ratu hidupnya. Kebosanan Fyqa pada suaminya bukan disebabkan orang ketiga. Bukan. Tapi Fyqa dah bosan jadi isteri orang. Dia rimas. Dia nak bebas.

Kebebasan Fyqa, walaupun sementara, hanya dapat dikecapi bila Shuk ke pejabat, meninggalkannya seorang diri di rumah sehingga 6 petang.

Jenuh Fyqa memikirkan cara agar Shuk melepaskannya. Bagaimana? Kalau Shuk tak nak? Buntu fikirannya mencari modus operandi yang sesuai.

*ding dong*

Loceng rumah berbunyi. Fyqa memandang jam di atas piano di ruang tamu. 10 pagi. Siapa pulak tu agaknya. Pintu hadapan dibuka. Sesosok tubuh lelaki berbaju dan berseluar hitam terconggok di luar.

"Ya? Ada apa?"

"Puan Fyqa... apa khabar?"

"Errr saya kenal awak ke?"

"Tak, tapi saya kenal Puan"

"Maaf... tak minat MLM bye"

"Tsk... nanti dulu Puan. Saya tak jual MLM"

"Who are you?"

Tanpa dipelawa, lelaki itu menerjah masuk ke dalam rumah.

"Oi biadapnya! Siapa suruh masuk? Keluar! Get out!"

Sudah terlambat. Lelaki berbaju dan berseluar hitam itu kini berlegar-legar di ruang tamunya.

"Baik awak keluar sebelum saya menjerit!"

"By the way. Perkenalkan, saya Saif Atan"

"Tolong keluar SEKARANG Encik Saif Atan!"

Lelaki itu mengalah juga akhirnya dengan desakan Fyqa.

"Baiklah. Too bad Puan tak perlukan pertolongan saya nak membebaskan diri dari Encik Shuk"

Fyqa terdiam seketika. Siapa lelaki ini?

"Kejap. Mana awak tahu pasal, hurm, suami saya?"

Mata lelaki itu berkilauan ketika tersenyum.

"Well... let's say that I have my sources"

Saif Atan masuk semula ke dalam rumah sambil tertawa kecil. Puan Fyqa menutup pintu perlahan-lahan, sedikit cemas. Tapak tangannya berpeluh.

"Saya nak tolong Puan. Tu jer"

"Errr... for free?"

"Oh tak. Ada ke benda percuma dalam dunia ni?"

"Hurm. Awak nak berapa?"

"Tsk tsk tsk. Saya tak nak duit"

Mata Fyqa terbelalak. Apa benda pulak dia nak ni?

"Saya nak jiwa Puan Fyqa"

"Jiwa?!"

"Ya. Jiwa"

Dan ketika Saif Atan tersenyum, Fyqa seakan-akan ternampak gigi-gigi putihnya bertukar menjadi taring-taring.

"Kenapa nak jiwa saya?"

"Sebab jiwa Puan, hurm, kotor..."

"Kotor?!"

"Ya, kotor. Bukan ke Puan nak saya tolong singkirkan Encik Shuk? That's dirty!"

Dia tertawa. Fyqa mula cemas. Dia tahu Saif Atan bukan manusia. 

"Jangan takut Puan. Saya boleh selesaikan Encik Shuk. Tapi kita kena buat perjanjian"

Saif Atan mengeluarkan sehelai kertas bersaiz separuh A4 dari poket seluar belakangnya dan sebatang pen merah.

"Nah, tandatangan"

"Apa ni?"

"Perjanjian kita. Yang Puan akan berikan pada saya jiwa Puan bila tugas saya selesai. Bayangkan kebebasan yang bakal Puan dapat!"

Sambil memegang pen merah, Fyqa mula berfantasi kehidupannya sebagai janda muda kaya. Dan... duit insurans Shuk juga bakal jadi miliknya!

"Tapi, macamana Encik nak selesaikan suami saya?"

"Itu, serahkan pada saya" jawab Saif Atan sambil tersenyum. 

"Bunuh?"

Saif Atan ketawa.

"Jangan risau, saya beri pilihan pada Puan untuk tentukan tahap kesakitan yang Puan nak Encik Shuk rasa. Tahap 1 sampai 5. 5 paling sakit"

Fyqa mula rasa serba salah. Dia dah bosan dengan suaminya, tapi dia tak tergamak nak suaminya mati kesakitan. Dilema.

"Tahap 2 boleh?"

"Hahaha boleh Puan. Okay sekarang tandatangan"

Dan ketika tandatangan diturunkan di kertas bersaiz separuh A4 itu, jiwanya bergelodak. Perasaan sedih, takut dan gembira bercampur baur. Dia bakal bebas!

"Malam ini, jam 9, saya akan datang semula"

Fyqa menarik nafas lega. Tiada lagi Shuk bererti dia akan menemui semula kebebasan yang diidam-idamkannya itu! Dan wang! WANG BESAR! Sebelum pergi, Saif Atan meminta Fyqa menyimpan elok-elok surat perjanjian mereka.

"See you tonight!"

"See you!"

9 pm.

"Yang! Abang nak lepak kat mamak tengok bola malam ni!"

Fyqa yang sedang memasukkan pakaian kotor ke dalam mesin basuh, terhenti.

"Tak nak makan malam dulu ke?"

"Tak apalah. Nak keluar dah ni. Don't wait for me okay. Love ya!"

Dan kedengaran bunyi pintu ditutup. Fyqa berasa sedikit bersalah. Saif Atan akan datang mencabut nyawa suaminya malam ini... di mamak? Sedikit rasa kesal menyelubungi hatinya. Tapi tahap dua, tak sakit kot. Bye sayang... Dan Fyqa terus memasukkan pakaian kotor ke dalam mesin basuh selepas memeriksa kocek.

Tiba-tiba tangannya terpegang kertas. Aiks... ini surat perjanjian aku dengan Saif Atan. Macamana boleh ada dalam poket seluar ni?

Bergegas ke ruang tamu memegang kertas, Fyqa terkejut melihat surat perjanjiannya ada di atas rak buku. Habis, ini surat perjanjian siapa?

Matanya membaca surat itu. Surat perjanjian antara Shuk dan Saif Atan. Dan tiba-tiba kedengaran suara dari belakangnya.

"Tsk tsk tsk... sorry Puan. Suami Puan lebih cepat bertransaksi dengan saya. Seperti yang dijanjikan, saya datang malam ini"

Fyqa menggigil. Fyqa tak berani merenung ke belakang.

"Suami Puan pilih kesakitan tahap 5 untuk Puan. Maaflah... tapi Puan boleh menjerit tau! Sedia?"

5/07/2015

Seramshit : Kakak Aku Part 2

Cerita pasal kakak aku. Aku tak tahu apa masalah dia. Tapi dia lah yang paling banyak kena kacau. Ni masa dia kecik. Masa umur 3 tahun. Kejadian yang ni kalau tak dihalang waktu tu memang aku takda kakak sulung.

Dalam erti kata lain ada benda nak bawa dia lari. Kalau manusia takpa, boleh cari. Ini benda lain. Masa ni dah pindah rumah dah, tapi still dekat daerah yang sama dengan dulu. Parents aku keluar beli barang masa senja. Tinggal kakak aku dengan sepupu perempuan aku dekat rumah.

Yang sepupu aku ni nama dia Fatin. masa Fatin dekat dapur tetiba dia dengar ada orang ketuk pintu belakang. Fatin ni pun masa tu baru form 1. Berhingus lagi. Dia pun pergilah buka pintu tu. Takda ragu-ragu langsung. Dia buka ja pintu tu dia nampak ada benda muka semua sama dengan mak aku. Kiranya dia menjelma jadi mak aku.

Fatin ni terkejut la. Parents aku baru ja keluar. Takda dengar bunyi motor apa ke tetiba dah balik. Tapi dia cakap dia macam terpaku. Benda tu minta kakak aku. Dia cakap dia nak dukung kejap. Fatin ni pun pergilah ambik kakak aku.

Fatin ni pergi ambik, then masa kakak aku hampir bertukar tangan ke jelmaan tu tetiba mak aku balik. Aku tak tahu kenapa. Tapi kebetulan tu kadang-kadang ada kebaikannya. Tapi yang paling gilanya masa mak aku balik tu, mak aku nampak jelmaan tu benda yang sama dengan yang cakar mak aku.

Fatin ni apa lagi. Berlari dia ke mak aku. Benda tu sempat cakap ayat yang sama masa kes buaian dulu.

'Anak itu milik aku. Darahnya dari keturunan aku!'

Lepas dia cakap benda tu dia terus terbang ke pokok sambil mengilai. Gila betul benda ni. Tak reti nak move on langsung. Orang dah taknak tu takyah la ganggu. Tapi sama macam kes buaian dulu, parents aku tak buat apa. Tak berubat. Just pindah rumah. Kali ni jauh sikit dan dekat dengan masjid.

Tapi serious aku pun tak paham kenapa parents aku taknak berubat. Entahlah. Rahsia orang tua-tua. Kita anak muda jangan masuk campur. Lepas dari pindah tu, mak aku tak pernah cerita apa-apa lagi dah. Mak aku cuma cerita sampai hampir dibawa lari tu ja.

Tapi aku tau mak aku rahsiakan banyak lagi cerita pasal kakak aku. Aku pun kadang-kadang takut dengan dia. Nasib baik kakak aku dah kahwin dan dah pindah rumah. Takdalah aku pun hidup dalam misteri.

Seramshit : Kakak Aku Part 1

Ini cita tahun 1991. Masa tu mak aku baru lahirkan anak yang pertama. Kakak sulung aku. Malam tu ayah aku kerja. Tinggallah mak aku sorang diri kat rumah jaga kakak aku. Masa tu baru 3 bulan. Style kampung. Buaian budak ikat dengan siling rumah. Malam tu mak aku dodoikan kakak aku. Lepas kakak aku tidur, mak aku pergi dapur.

Tengah sedap mak aku mencuci kat dapur tu tetiba dia dengar kakak aku nangis. Kuat gila. More to meraung rasanya. Mak aku lari pi dekat buaian, sampai ja dekat situ dia rasa macam nak pengsan, dia nampak buaian tu tengah bergoncang kuat gila.

Macam ada orang tengah goncangkan. Mak aku cepat-cepat ambil kakak aku. Tapi bila mak aku pegang pun dia still nangis sambil tengok atas. Bila mak aku tengok ke arah yang sama, dia nampak ada satu makhluk ni tengah goncang buaian tu. Dia macam tengah turun thru tali tu ke bawah.

Pelan-pelan makhluk tu merangkak turun guna tali tu. Mata dia merah menyala. Gigi dia bertaring. Mak aku describe satu-satu bila dia cerita sebab makhluk tu betul-betul depan dia. Mak aku apa lagi. Peluk kakak aku kuat-kuat tapi hampa bayangkan, makhluk tu macam nak ambik kakak aku.

Bila mak aku peluk kakak aku, makhluk tu cakar mak aku. dia cakap "anak ini milik aku, darahnya dari keturunan aku!" Datang mana darah keturunan dia. Elok ja mak aku ni manusia. Berbalik kepada cerita, sambil cakar tu, makhluk tu ulang ayat yang sama. Oh ye, dia cakar dekat tangan mak aku.

Sampai sekarang parut tu still ada kat tangan mak aku. Macam-macam dah cuba tapi kesan parut tu taknak hilang. Masa tengah kena cakar tu, orang kata perancangan Tuhan lagi hebat. Ayah aku balik dari kerja. Buka ja pintu terus dia azan.

Sebab dia kata dari luar dia dengar suara makhluk tu. Aku boleh bayangkan betapa kuat sebenarnya suara benda tu. Alhamdulillah lepas ja azan benda tu hilang. Mak aku tangan penuh berdarah. Ayah aku terus bawa pergi hospital.

Tapi bila sampai hospital, ayah aku taktau nak kata berdarah kenapa. Iye la, takkan la orang hospital nak percaya kalau cakap kena cakar. Sudahnya ayah aku cakap kena cakar kucing. 25 jarum mak aku kena jahit malam tu. Bayangkan sendiri la betapa teruknya keadaan waktu tu.

Tapi lepas apa yang jadi malam tu, parents aku tak pernah panggil mana-mana ustaz untuk tengokkan rumah tu sebabnya ayah aku tahu benda tu sebenarnya benda belaan moyang aku. Takda sapa nak ambil bela dia. Sudahnya benda tu terikat dekat rumah tu.

Lepas ja dari malam tu terus parents aku pindah. Sebab tak tahan. Orang kata cukuplah sekali. For those yang request gambar tangan mak aku tu kan. Tadi aku nak ambil gambar tangan dia, tapi dia tak bagi. Dia kata takyah buat gila. Aku sebenarnya tak percaya benda tu boleh physical contact dengan manusia. Tapi bila aku tengok sendiri parut tu, aku tahu mak aku tak tipu.

5/06/2015

Creepyposta - Gelap

"Budak lelaki kalau takut tidur dalam gelap, baik kerat telur tu"

Megat ingat lagi kata-kata ayah waktu dia sekolah tadika dulu. Tapi Megat tak peduli. Seingat Megat, sampai darjah tiga dia tidur dengan mak dan ayah dalam bilik, sampailah ayah naik angin.

Abang-abang Megat meluat jer tengok adik bungsu manja sangat tidur dengan mak ayah, tapi tak cakap apa-apa pun. Malas masuk campur. Megat sendiri pun tak ingat macamana dia boleh takut tidur dalam gelap. Megat tak ingat punca sebenar ketakutan tu.

Pernah sekali waktu Megat darjah satu, ayah tengking suruh dia tidur dalam bilik sendiri. Megat menangis terlolong-lolong macam kena sampuk. Habis pipi dengan tangan dicakar-cakar sampai ayah terpaksa beralah suruh mak pujuk ajak Megat tidur sama. Hebat tak hebat.

Bila masuk darjah tiga, akhirnya ayah suruh Megat tidur dalam bilik sendiri. Megat kata ok, tapi dia tak bagi mak tutup lampu. Begitulah kisah Megat yang takut tidur dalam gelap sedangkan dia sendiri pun tak ingat kenapa dia takut. Dari alam remaja. Ke alam dewasa. Setiap kali nak tidur, Megat akan pastikan ada lampu yang dibiarkan menyala. Kalau tak torchlight, TV atau laptop. Asalkan tak bergelap.

Member-member tak perasan sangat Megat takut tidur dalam gelap. Kat kolej dulu, dia buat-buat taip assignment depan laptop sampai terlelap. Megat pandai cover line. Hanya mak ayah dan abang-abang jer yang tahu Megat penakut. Sampailah usia Megat 25 tahun. Bujang. Duduk menyewa.

Megat sewa apartmen kecil di Pantai Dalam. Dekat dengan ofis di Bangsar. Disebabkan gaji yang ciput, ada kalanya Megat miss soru. Tapi miss soru dia tak kisah. Boleh makan megi atau roti cicah kopi. Tapi Megat tak tahan kalau letrik kena potong. Pernah sekali.

Menggelupur Megat telefon mak suruh bank in kan duit RM200 nak bayar bil tertunggak. Mujurlah petang tu settle. Kalau tak, habislah Megat. Pagi tadi, Megat dapat notis merah dari TNB. Bayar bil tertunggak RM350 sebelum lusa, kalau tak, potong!
Itu dah cukup buat Megat seram.

Esok Megat nak suruh mak bank in duit. Dia nak bayar bil yang makin melambung sejak tidur tak tutup lampu ni. Sempat lagi. 1 pagi. Assignment di laptop hampir siap. Megat memang kena log out pun sebab lampu laptop dah berkelip minta dicaj. Caj esoklah!

Sambil menutup suis laptop dan bersedia untuk tidur, tiba-tiba...

*klik*

Lampu apartment Megat terpadam. Kipas berhenti. TV terpadam. Oh no!!! Megat tak percaya TNB tergamak potong bekalan letrik pukul 1 pagi! Kenapa?! Dahi dan tapak tangan Megat mula berpeluh.

Megat menyedut udara dalam-dalam.

"Gelap tak apa. Gelap tak apa"

Diulang-ulangnya ayat itu untuk menenangkan hatinya.

"Gelap tak apa"

Hatinya mula meraung. Air matanya menitik-nitik.
Megat tak sanggup tunggu sampai pagi. Megat takut. Megat takut gelap. Di dalam kegelapan apartmen, matanya dapat melihat sesosok tubuh di bucu bilik. Merangkak. Hampir. Semakin hampir. Rambut menyapu lantai.

Tiba-tiba Megat teringat semula kenapa dia takutkan gelap. Kesan cakar di pipi dan lengannya bukan kerana kukunya sendiri, tapi benda tu.

Benda yang sedang merangkak. Hampir. Semakin hampir.

"Dah dua puluh tahun aku tunggu saat ni, Megat. Malam ini, kita jumpa balik"

Megat hanya mampu menangis sambil berselubung di dalam selimut. Di dalam gelap, tak ada siapa dengar Megat menjerit.

Creepyposta - Whatsapp

Sabtu. 11 pm. Hostel makin sunyi malam ini setelah batch terakhir pelajar pulang ke rumah petang tadi sempena cuti sekolah. Blok A dan Blok B hostel yang sebelum ini riuh rendah sehingga jam 1 pagi menjadi sunyi sepi dan gelap gelita.

Hanya beberapa buah bilik yang masih bercahaya di blok A dan blok B. Ada sekerat dua pelajar yang tak pulang ke rumah atas sebab tertentu. Macam Topek dan Farizul. Topek tak balik sebab mak ayah pergi umrah. Farizul tak balik sebab rumah nun jauh kat Arau. Tak berbaloi penat. Ada lagi yang tak balik, tapi Topek dengan Farizul tak rapat sangat dengan bebudak junior. Biasalah tu. Adat bebudak hostel kan.

Topek di blok A. Farizul di blok B. Kalau nak, sebenarnya boleh jer Topek tidur dalam dorm Farizul malam ni, tapi dia malas nak menapak. Setiap dorm boleh memuatkan 12 katil double deckers. Biasanya dorm Topek memang bising, tapi malam ini, hanya dia seorang. Takut? Tak juga. 11.30 pm.
Sambil meniarap di atas double decker atas, dia membalas mesej Farizul di Whatsapp.

"Takut palahotak kau"

"Hahaha!"

"Bodohlah kau"

"Jejaga tidur malam ni Pek. Kat blok A la depa nampak Makcik Karipap takde kepala hari tu"

"Eh bodohlah kau sia!"

"Kakaka! Leks ah!"

"Blah ah. Aku nak tidur"

"Mehlah datang dorm abam. Tidur sama abam kekeke"

"Bodohlah kau sia! Geli!"

"Woi leks ah. Awat tidur awal?"

"Malas ah layan ko"

"Pek, aku invite ko chat Whatsapp group ok?"

"Group mender ni? Kalau semua jantan tamo ah"'

"Ada awek ah Pek"

"Orait"

"Kejap aku invite ko"

*Farizul adds Topek to Siput Sedut group*

Topek tak kenal pun orang lain dalam group tu. Ada boys. Ada girls. 15 minit dalam group tu, Topek banyak membaca celoteh Farizul daripada berchatting. Dia tak pandai nak mengayat. Dia nerd. Dan pemalu. Tapi Topek perasan ada seorang chatter dalam group tu yang bertubi-tubi mengayat Farizul. 'Mak Lang' namanya. Dah tua kot, getus Topek.

Farizul: Kenapa nama awak macam tu? Awak ni dah nenek ek? Hahaha.
Mak Lang: Kenapa? Budak muda tak leh jadi mak lang ke?
Farizul: Sowi!

Topek hanya membaca. Tak minat dan tak tahu macamana nak mencelah. Sampailah dia private mesej Farizul.

"Joe, aku nak blah dari group tu ah"

"Kenapa?"

"Ko chat ah dengan Mak Lang ko tu kakaka. Aku ngantuk ah. Dah pukul 12 dah ni"

"Cheh! K. Tidur bebaik. Jangan bukak tingkap LOL"

*Topek left the group*

Turun dari katil, dia menutup lampu dorm di tepi almari. Alamak gelap sangat pulak, bisik hatinya, cuak. Tapi selepas 15 saat, matanya dapat menyesuaikan diri di dalam gelap. Sebenarnya taklah segelap mana pun sebab ada lampu jalan tepi padang.

Kembali baring di atas katil, Topek cuba menenangkan dirinya. Tak mahu ingat cerita Makcik Karipap tepi tingkap. Tak mahu! Dia nak tidur. Juga tak mahu ingatkan cerita budak dorm bawah terambil kain kapan pocong kat ampaian tengah malam buat cadar tilam. Tak mahu! Ataupun cerita perempuan rambut panjang paras dada merangkak keluar dari kolah bilik air tingkat tiga. Tak mahu! Semua tipu tu!

Dalam gelap, Topek bergolek ke kiri dan ke kanan. Gelisah. Terdengar sayup bunyi selipar di koridor. Budak bawah kot, bisik hati Topek.

*tet tet*

Hampir meloncat Topek bila telefonnya berbunyi dan bergetar di tepi bantal. Farizul Whatsapp.

"Bro, aku nak tidur bilik ko"

Topek pelik sebab Farizul bukannya jenis penakut.

"Pehal?"

"Tak leh tidur ah"

Pelik.

"Hurm K"

Tak sampai beberapa minit selepas Whatsapp itu, kedengaran bunyi selipar menaiki tangga, berjalan di koridor dan berhenti di luar tingkap. Topek menggigil di atas katil, badannya berpeluh di dalam gelap. Bingkas bangun, dia menyorok di dalam locker kosong di hujung dorm.

*sret sret*

Bunyi selipar semakin jelas kedengaran memasuki dorm Topek. Topek hanya mampu mematikan diri di dalam locker. Nak bernafas pun dia takut. Di sebalik lubang kunci, dia melihat apa yang sedang menantinya di luar locker. Betullah kata bebudak hostel! Kalau sebelum ni dia dengar cerita, malam ini dia nampak dengan mata kepala dia sendiri. Topek menahan nafas. Tak berani bergerak langsung.

Takut nak buat bunyi. TAKUT!

*tet tet*

Whatsapp masuk. Farizul.

"Oh lupa nak bagitahu, Mak Lang tadi kata dia langsuir kakaka. Bodo. Night"

Bunyi selipar itu berpatah balik dan Topek tahu benda itu ada betul-betul di luar lockernya sekarang.

"Haaaaaai Topek"

Seramshit : Dipaksa Jaga Juniors Hoki

Ni jadi time aku dipaksa ikut jaga junior-junior hoki (nama negeri dirahsiakan). Coach harapkan aku. Nak tolak pun tak sanggup. Takpa aku ikut. Tapi memang dengar dah yang sekolah kami nak tumpang tu serrr ciked. Sampai situ, aku sebagai orang tua pi la ambik kunci dekat urusetia. Team last yang sampai. Bilik pun memang tahap nak menangis aku tengok.

Aku paling stress bila bawak junior mulut macam tapir ni pi game. Nak demand tak kena gaya. Sumpah cakap, bilik tu tak macam bilik. Bersepah! Bilik tu memanjang. Ada 8 katil 2 tingkat. So 16 katil la semuanya. First aku bukak ja pintu, seram sejuk weh. Benda tak elok kut nak jadi.

Masuk ja geng junior. "Kaksyafa bilik apa mcm tempat sampah blablabla" and aku pun hmmmm matilanakkk depa ni memang nak kena rasanya. Tunggu. Lupa nak cakap, kami tidur bahagian kiri bilik since I feel something bad on the right side area. Tilam semua turunkan, tidur bawah semua.

Memang dari dulu, pi mana pun mesti pagar bilik tu. Tapi kali ni, benda tu mmg duduk dalam bilik yang kami nak pagarkan tu. Aiseyy bad luck! Junior pun mula la nak pagarkan. Aku tak join sebab goalie injured so aku rawat dia. Aku baru dengar depa cakap basmalah, terus semua jerit.

Aku belakangkan depa. Depa baru nak pagarkan belah kanan. Tapi benda tu dah mengamuk. Lela (bkn nama sebenar) jatuh pengsan. Yang lain nangis. Aku ni dgn terketar-ketar pi la tengok. Ya tuhan, mata terbukak tapi mata putih ja. Kepala dia terdongak macam tengok apa lagi kalau bukan benda tu. Aku cuba baca ayat kursi, memang terabur habis! Takut weh. Lela pun dah mula jerit-jerit terajang semua benda. Aku baca lagi, kali ni aku dah nangis.

Junior nasib lah berguna jugak, pi panggil players negeri lain kat bilik sebelah. Ada sorang tu macam alim jugak, datang rawatkan Lela. Settle malam tu, aku memag tak tidur jaga budak-budak tu. Padahal aku dah takut gila. Game pulak pagi esok. Takpa tabahkan hati. Doa tak putus. Cuak!

Alhamdulillah sampai ke pagi takda apa-apa jadi. Tapi.. Junior mulut tapir hang paham jalah. Aku macam nak sumbat kayu hoki tu dalam mulut dia. Duk sebut-sebut benda tu. Game pulak habis lambat. Dekat maghrib. Pastu si Ekin (bkn nama sebenar) ni tak habis-habis duk cakap takut la apa la. Ada coach dari KL tak silap aku, dia panggil aku. Dia bagi something. Benda tu macam buluh tapi dipotong leper. Kecik ja. Dia cakap guna bila perlu.

Aku letak dalam beg galas. Masuk dewan makan. Aku perasan dah si Lela ni duk tengok-tengok beg aku. Terus tak sedap hati. Bala lagi woi. Tapi makanan lagi penting. So aku letak beg tak aku pi ambik makan. Tak lama, aku baru duduk si Lela ni tiba-tiba pengsan lagi. Ya ampun, makanan aku!

Budak-budak team lain memang dah jerit-jerit terkejut. Kami ramai gila try angkat si Lela, sumpah berat sgt-sgt. Kena mintak tolong orang laki. Dah angkat bawak keluar, ada ustaz datang. Dia keluarkan benda tu tapi degil yakmat!  Dia cakap ada orang yang seru-seru dia. Suara dia dah lain sgt-sgt dah. Aku dah tak tahan takut dah, memang aku yang nangis nak balik! Memalukan gila. Pastu ada senior sekolah tu sendiri suruh Lela tidur bilik depa.

Lepas Lela dah sedar, aku tanya kenapa benda tu kacau. Lela cakap dia datang sebab orang duk sebut-sebut panggil dia. Sapa lagi klau bukan si Ekin tu. Bara betul aku. Dah jadi mcm-mcm, depa tu tetap buat perangai. Kali ni aku tak nampak, tapi junior-junior lain nampak. Tulah, ketegaq sagat padan muka. Time tu dah settle iron skirt semua. Pakat nak cas phone. Guna bilik iron la. Bilik kami tu mana boleh guna dah segala plug-plug tu. Iron room kat bawah. Bilik kami atas. Aku suruh depa naik, semua takmau. K aku fedup. Aku blah. Heh, tak lama, 5 minit lepas tu ja lari habis.

Iron room betul-betul depan tangga. Yang depa pakat lari tu sbb si Ekin tu nampak perempuan tinggi gila rambut panjang tengah sikat rambut kat situ. Muka benda tu takyah cakap, Ekin cakap berulat tunggu nak reput ja. Ohh ya aku terlepas 1 part. Coach tu suruh aku tiup 4 sisi lepas solat. Baca 3qul pastu tiup. Kanan settle. Kiri mcm masalah sikit. Bawah aku pejam mata. Dongak-dongak atas jejenggg! Lawa punya duk gelak dekat aku.

Ya Allah air liur dia meleleh depan sejadah aku. Aku pun control cun bangun pi duduk dgn junior. Jantung macam nak meletup dah. Tahan cuak. Kali ni Awa (bkn nama sebenar) pula mangsa. Tiba-tiba dia gelak kuat gila. Aku guna buluh tu lah cuba ubatkan dia. Panas gila time tu badan dia.

Tapi kejap ja. Tiba-tiba dia diam. Aku duk baca ayat kursi pun dia buat derk ja. Lama. Lama sangat Awa macam tu. Tengok-tengok dia elok sendiri. Tu jin islam. Ada 2 ekor cik han dalam bilik tu. Islam dgn kafir. Yang masuk Awa tu Islam. Yang aku nampak tu kafir. YaAg Islam tu cakap dgn awa. Mcm tak logik.

Dia pesan jangan buat apa-apa yang boleh buat yang kafir tu marah. Mulut tu jaga. Lgpun junior aku ada pecahkan tingkap kat situ. Bara la dia tu. Last dia ckp, dia nak kami semua mintak maaf sbb celupar. Sbb kacau tempat si kafir tu. Seikhlas hati okay? Bunyi mcm lawak tapi benda ni mmg terjadi. Dan alhamdulillah sampai hari last kami kt situ dah tkda apa-apa benda atk elok jadi. Mula pada tu jugak aku tak boleh dengar orang menjerit. Trauma weh. Hmm. 

Seramshit : Hantu Kem

Time to aku form4. Baru start aktif pasukan beruniform. So bila kem, aku jakun. Mak aku pesan jangan syok sgt sebab dalam hutan.

Nak dijadikan cerita, malam kebudayaan tu. First tu memang krik-krik gila. Mata aku pulak tak boleh duk diam. Nak tengok macam-macam. That time aku pulak tengah ABC, special case. Memang benda tu suka. So aku terus memerhati keadaan sekeliling.

Belakang pentas tu ada pokok besar. Aku tengok tepat dekat atas pokok tu. Yeah, aku nampak dengan mata aku sendiri. Dia tengah tengok tajam kami semua. Mungkin sebab kacau tempat dia. Muka dia ya tuhan, sumpah menakutkan. Macam ditoreh-toreh.

Aku nak jerit, tapi tak terkeluar. Habis ja persembahan terus masuk bilik sebam muka dekat bantal. Nangis nak balik. Dia tak habis takat tu. Malam esoknya, budak dorm sebelah kena. Mula-mula sorang. Pastu merebak. Tak salah aku, budak tu sampai meninggal sebab benda tu. Wallahualam.

Kawan aku jugak pernah cerita dia pernah kena "panggil" pi tempat "menarik". Tapi kawan yang lain cepat-cepat sedarkan. Padahal tempat best tu hutan. Aku dengar jugak bila time jaga malam, ada orang dengar bunyi suara bagi arahan kawad. Sejak tu budak-budak perempuan tak boleh berkawal luar dorm.

Tak kurang jugak ada yang nampak ada 1 platun ni kawad tengah-tengah malam. Tapi tiba-tiba lesap. So moral dia, janganlah seronok sangat bila dalam hutan. Kita menumpang tempat dia. So memang kena hormat. Sejak dari kes aku nampak cik hannn tulah, aku lemah sampai sekarang.

So adik-adik, masuk hutan please behave! They're watching you.

5/04/2015

Creepyposta - Public Holiday

Baru pukul 11:30 pagi tapi muncung Yana dah panjang sedepa. Mana tak nya, member lain tengah sedap tidur, dia kena kerja.

Bukannya boleh claim double pay. Dasar tauke taik hidung masin! Berbakul sumpah seranah terpacul dari mulutnya. Tapi itu bukan salah tauke. Bila diingat-ingat semula, memang salah dirinya. Dia yang rekemen pada tauke suruh ambil budak baru tu ganti Kak Misah cuti bersalin.

Yana tak kenal pun budak ganti tu. Iklan dalam FB. Member-member tolong share, lepas tu budak ganti tu PM dia cakap tengah cari kerja. Datang minggu lepas, interview sikit-sikit, tengok skil menaip, test BI dia, lepas tu terus ambil kerja. Alah, budak ganti jer pun.

Tak payah nak follow by the book sangat. Tauke pun cakap ok. Yang penting, kerja Kak Misah ada orang buat. Yana tak nak buat kerja tu. Bila budak tu datang hari Khamis lepas sebelum Hari Pekerja, nampak semuanya ok. Pandai jugaklah buat kerja walaupun mekap lima inci.

Alah, setakat kerja-kerja admin Kak Misah sebenarnya sesiapa pun boleh buat. Tapi mana nak cari orang last minute? Nasib baik ada FB. Tapi pagi tadi tauke telefon Yana lepas Subuh suruh pastikan proposal Putrajaya siap sebelum 9 pagi esok. Dia tak menggelabah pun.

Itu kerja budak ganti tu. So dia pun telefon budak tu. Sekali, tak angkat. Dua kali, tak angkat. Tiga kali, pun tak angkat. Yana Whatsapp budak tu. Delivered. Not read. Eh cilaka nya. Nak kerja ke tak budak ni?
STRESS! Tauke telefon tanya lagi proposal Putrajaya.

Nak tak nak, Yana sendiri kena pergi ofis siapkan proposal pagi tadi. Sebab tu muncungnya panjang sedepa. Mau tak mengamuk kerja waktu PH! Dahlah satu bangunan kosong. Ada pak guard Bangla jer kat bawah tadi tengah main telefon. Waktu Yana lalu tepi pun pak guard tak perasan.

Walaupun bangunan ofis kat tepi jalan besar, bila masuk dalam memang rasa lain macam. Sejuk dan seram jer. Tambahan waktu public holiday. Dalam muncung panjang sedepa, siap juga proposal Putrajaya. Sementara tunggu 12:30 nak balik, Yana on Facebook sekejap.

*ting*

Mesej masuk.

"Hey minah! Bangun! Bangun!"

Siot. Nita, kawan seofis yang mesej.

"Aku kat opis lah"

"Ha?"

"Yup. Pekerja mithali"

"Wakaka!"

"Pehal opis ni?"

"Budak ganti tu buat taik lah beb. Aku call tak dapat. Proposal Putrajaya tak siap. Ko taulah Koo Cheng macamana..."

"Sian ko"

"K"

"Leks!"

"Tengah releks ar ni. Dah siap dah pun. Kejap lagi nak balik sambung tidur LOL"

"Hahaha baguslah tu, berambus cepat, sebab..."

"Pesal?"

"Budak opis atas kata pernah nampak orang pakai topeng clown kat toilet level dia"

"Eh babinya kau!"

"Hahahahahaha!"

"Eh serius lah!"

"Hahaha tipu jer kot. Leks ar! Security kat bawah, mana leh senang masuk beb"

"Hurm"

"Hoi dah! Off FB gi balik ok!"

"Kbai"

Yana log out. 12:23 pm. Yana tutup desk top dan berjalan ke tepi pantry nak tutup suis aircond.

*tet tet*

Mesej Whatsapp masuk. Budak ganti tu. Hurm.

"Sorry kak, baru dapat baca mesej. Fon saya on silent. Jenuh cari dari semalam baru jumpa"

"Eh whatever lah"

"Sorry kak"

"Menyusahkan!"

"Saya dah siapkan sekali fail dengan cover untuk proposal Putrajaya tu kak"

"Kat mana ko letak? Tak nampak pun tadi"

Yana galak bermesej.

"Saya letak kat dalam almari besi tepi dengan water cooler tu. Sorry buat akak marah"

"K. Nanti aku tengok"

Yana berjalan ke hujung ofis. Gelap.
Suis lampu ditekan. Dan kelihatan almari besi tujuh kaki di tepi water cooler. Yana menghampiri almari itu. Dan membukanya. Budak ganti itu tergantung dengan kain tudungnya, perutnya terburai dek tusukan pisau. Yana menjerit dan berlari ke pintu masuk.

Too late. Lelaki bertopeng clown itu berada di luar pintu kaca, melambai-lambaikan tangan memegang telefon dan pisau.

"Hai Yana!"