Kisah ni berlaku di kampung aku sendiri. Nama kampung sengaja dirahsiakan, kalau kau kenal aku mungkin kau tahu kisah pembunuhan tragis tahun 2007. Kampung aku pada mulanya aman dan takde gangguan. Tapi keamanan kampung aku tergugat selepas berlaku satu kejadian bunuh yang sangat tragis menimpa jiran aku.
Pembunuhan "Mak Cik Dot Dot" yang tinggal berseorangan di tepi rumah aku. Anak-anak dia kesemua busy/kerja di Kuala Lumpur. Tinggalkan dia seorang diri. Mak Cik ni berumur sekitar 60-an. Anak-anaknya hidup agak selesa di KL. Tinggalkan dia seorang diri di kg bersama haiwan-haiwan peliharaan.
Nak dijadikan cerita, pada suatu petang jiran aku nak hantar makanan ke rumah dia. Yela, hidup berjiran kena la ada amalan ziarah-menziarah. Sampai di dalam halaman rumah Mak Cik ni, jiran aku dapat rasakan sesuatu yang pelik. Ada satu bau busuk yang teramat sangat tapi dia endahkan. Sampai depan pintu rumah, jiran aku tadi panggil nama Mak Cik ni nak bagi makanan yang dibawa. Panggil punya panggil 10 minit takde sahutan.
Kebiasaan bila dipanggil tak sampai dua minit dah keluar tuan rumahnya. Tapi kali ni pelik. Nak kata pergi ke rumah anak dia di Kuala Lumpur memang tak lah. Jiran aku pun ambil keputusan nak "usha" keadaan dalam rumah melalui tingkap tepi pintu. Punyalah susah nak buka tingkap tapi dia berjaya. Teka apa yang jiran aku nampak di depan pintu di dalam rumah tu? Haaa. Mak Cik tu terlentang dimana disekeliling badannya ada kesan darah.
Jatuh ke lantai bekalan makanan yang dibawa jiran aku dek terkejut melihat keadaan Mak Cik berkenaan. Jiran-jiran sekeliling dipanggil termasuk aku. Pintu rumah dah dipecah. Sebaik pintu tu dipecah, aku lihat keadaan Mak Cik tu dah tak bernyawa & perutnya sudah kembung. Allah, kesian dia. Mayatnya seperti dah berhari-hari terlentang disitu. Aku sedih & hiba tengok kedaan dia masa tu. Dia rapat dan baik dgn aku. Allahu. Orang kampung call talian kecemasan 999. Setibanya pasukan polis dan siasat di dalam rumah tu, dapat diklasifikasikan ini kes bunuh.
Bayangkan. Jiran kau mati dibunuh. Allahu, tragis dan sungguh menyayat hati. Barangan kemas & duit hilang. Tuannya pula mati dibunuh. Kisah seram bermula sehari selepas kes pembunuhan ni. Malam pertama pukul 2 AM, Mak aku lapar. Dia makan di dapur keseorangan. Pukul 2 AM, kawasan kampung mesti lah bunyi cengkerik krik je kan. Dan masa Mak aku syok makan kat dapur tu, dia dengar bunyi pelik di rumah sebelah.
Sebelah rumah aku rumah Mak Cik yang dibunuh semalam. Mak aku dengar bunyi orang menangis. Mak aku beranikan diri intai melalui tingkap. Mak aku nampak lembaga hitam di depan pintu rumah Mak Cik tadi. Berbulu dan kuku yang panjang yang sedang duduk menghadap ke dalam rumah berkenaan. Tak sempat nasi dihabiskan, kelam kabut Mak aku jerit panggil Ayah aku. Ayah aku yang lena tidur dikejutkan denagn jeritan Mak aku di dapur.
Aku pun terdengar jeritan Mak dan turut turun ke dapur nk usha apa yg terjadi. Untuk info korang, dapur aku betul-betul menghadap ke rumah "Dia." Mak cerita lah apa yang dia nampak. Aku & Ayah tengok di pintu rumah "Dia". Kami tak nampak apa-apa selain tali polis yang tulis "dilarang masuk!". Ayah cepat-cepat suruh Mak basuh tangan, ambil wudhuk dan terus masuk bilik tidur. Aku pula masuk bilik aku. Cuak gila pagi tu hanya aku yang tahu.
Keesokan paginya, cerita Mak aku nampak "lembaga" tu sudah tersebar ke jiran sebelah dan dalam masa sehari dah kecoh satu kampung. Setiap malam selepas pukul 10 kampung aku dah sunyi selepas kejadian Mak aku nampak lembaga tu & kejadian aneh lain yang terjadi pada org kampung. Ada orang kampung aku nampak "Mak Cik" tu berdiri di depan pintu rumah dia dalam keadan pakaian serba putih. Sampaikan demam mangsa yang terjumpa "Dia". Ada pula yang nampak Mak Cik tu berjalan-jalan di depan rumahnya pada waktu malam. Seolah-olah mencari sesuatu di depan rumah. Shit, tepi rumah aku.
Yang tak boleh bla seramnya, jiran aku juga pernah diganggu oleh "Dia." Kisahnya dia buat air dan duduk minum sambil tengok TV. Duduk syok tengok TV pintu rumah diketuk dua kali dengan kuat. Dia yang terkejut bersuara dengan perlahan, "siapa pepagi ni nak cari aku?". Pintu rumah dia terus diketuk dengan kuat. Nak taknak dia beranikan diri pergi buka. Jiran aku ni berdiri depan pintu dan buka pintu rumah. Alangkah terkejutnya dia, Mak Cik yang terbunuh tu berdiri di depan pintu rumahnya. Dengan keadaan perutnya yang kembung dan mata hitam terbeliak.
Terus jiran aku ni pengsan. Esok paginya baru Mak dia kejutkan dia dan hairan kenapa tidur depan pintu yang terbuka. Jiran aku tadi demam 3 hari. Hampir sebulan lebih juga kampung aku dikacau "Mak Cik" tu sebelum kami se-kampung bersepakat bergotong royong & "membersihkan" rumah Mak Cik tu. Kami jemput seorang Ustaz yang tinggi ilmu agamaNya. Setibanya di rumah Mak Cik tu, Ustaz berkenaan baca apa yang patut sebelum buat kerja. Selesai baca ayat suci al-Quran, Ustaz dah membenarkan kami masuk ke rumah tu untuk sesi "membersih" kawasan dalaman rumah. Dan aku salah seorang yang turut membersih rumah "Mak Cik" berkenaan. Tak tipu, semasa di dalam rumah tu, aku rasa lain. Bulu roma berdiri.
Bahu rasa berat seperti ada yang "menumpang." Perdajjalkan permainan setan dan aku teruskan membersih rumah tu. Dua jam baru kami selesai bersih. Selesai bersih, Ustaz tu cakap lepas ini dah takde gangguan. Buat bacaan Yassin kat surau kampung untuk arwah. Ayah aku ada bertanya pada Ustaz.
"Apa yang menganggu kami sekampung tu Ustaz?"
Ustaz tu senyum dan cakap,
"Benda yang arwah bela."
Terbeliak mata aku dengar jawapan ustaz tu. Dan orang kampung aku cakap "belaan" dia juga yang bunuh Mak Cik tu sebab tak dapat penuhi permintaan. Ada juga yang cakap kes rompakan dan bunuh. Apa-apa pun selama sebulan lebih tu, kampung aku memang seram sampaikan selepas isyak je memang dah takde orang nak keluar rumah. Selepas "membersih" rumah Mak Cik tu dan buat bacaan Yassin disurau kampung aku baru kampung bebas daripada gangguan ni. Kampung pun kembali ceria.
Tujuan aku cerita kisah ni supaya korang ambil iktibar. Jangan kita membuat pekerjaan bersama setan untuk apa-apa tujuan di dalam hidup kita. Cukuplah hidup dan mati hanya kerana Allah swt. Susah dan senang hanyalah kebergantungan pada Allah swt saja.
Dan yang kami sekampung pelik, anak dia di Kuala Lumpur tu tak jenguk pun Mak Cik tu semasa kematian orang tua tu walaupun sudah dihubungi. Jadi anak jangan lupakan jasa Mak Ayah di kampung ya walaupun korang dah selesa dan kaya raya. Tanpa Mak Ayah siapa lah korang? Kan.
hmmm. kesan mkcik dot dot dot...
ReplyDelete